dubai the 2nd~ the lost chambers aquarium

cuba bayangkan kita meneroka runtuhan misteri kota Atlantis, yang hilang selama beribu-ribu tahun jauh di dasar laut…sekarang bayangkan pula diri dikelilingi oleh haiwan marin yang berenang beralun perlahan di depan mata kita… dan mereka hidup aman damai dalam dunia aquarium.

bukan sebarang dunia aquarium tapi sebuah tempat yang turut dihuni dengan 65,000 ikan yang lain. itulah sinonimnya tema The Lost Chambers Aquarium yang berada di dalam hotel ini.

seperti di The Dubai Mall, di sini juga terdapat aquarium. ada jerung, belut, ikan pari, ikan kerapu gergasi dan pelbagai spesis ikan laut. sementara kuda laut, obor-obor, ikan arapaima, piranha dan lain-lain ikan kecil ditempatkan di aquarium lain yang lebih persendirian.

beza yang ketara dengan aquarium di dubai mall ialah, di sini tiada bot pelancong yang menyelusuri bahagian atas aquarium. tetapi istimewanya di hotel ini kita dapat melihat sisa-sisa runtuhan ‘kota Atlantis’.

selain ikan, terdapat pelbagai relik dan arca di dasar aquarium. cuba lihat gambar di bawah ni, seolah-olah istana yang hancur, yang tinggal hanyalah tiang serinya sahaja.

The Lost Chambers Aquarium dibuka kepada setiap pengunjung. meskipun kita tak menginap di sini, kita masih boleh menikmati keindahan haiwan marin ini dengan bayaran yang tertentu. dengan pakej Imperial Club, anda dibenarkan masuk tanpa had. masuklah sesuka hati setiap hari pun takpa. yang penting ikut jadual ni:

Ahad – Khamis: 1:00pm to 7:00pm.
Jumaat – Sabtu: 10:00am to 8:00pm.

bagi peminat arca, jom kita cuba tafsirkan makna seni dalam kreativiti pengukirnya.

cantik hiasan dinding tu. yang bulat tu macam perigi tapi bukan…

senjata perang kot? 8 kaki tingginya.

hmmm…?

kapal makhluk asing…hehee..

peta agaknya kan? penuh satu dinding ni..

terpegun..seperti sarang alien!

hebat lampu ni..

kita tengok penghuni aquarium pulak…

sangat..sangat…BESaR ikan pari ni.

santai. disediakan banyak kusyen untuk pengunjung menikmati view. tapi view ikan ye, bukan view pelancong tu…huhu…

ikan kerapu gergasi..elok sangat ada anak mat saleh ni, nampak bezanya kan?

ikan kerapu gergasi boleh mencapai sehingga 400kg beratnya dan hidup selama 40 tahun.

relax dulu…sambil tengok aksi ikan.

bertentang mata..nasib baik dia dalam tu, kalau tak jadi lauk dah ni..hahaa

nak kata ikan merah..bukan kot, ikan apa ni..macam albino pulak kan?

lion fish mempunyai sengat yang berbisa di setiap siripnya. digunakan ketika diancam oleh ikan lain. tetapi jika terkena kepada manusia tidaklah menyebabkan kematian…tapi sakit juga tu!

spesies ikan kecil..member-member nemo la ni..

ahah! ada pun nemo..

antara ‘serpihan’ kota Atlantis yang tenggelam..

jangkahayat obor-obor diantara 6 bulan ke 2 tahun. tetapi hidup di dalam aquarium memanjangkan hayatnya sebab terlindung dari pemangsa.

3 ekor ikan di bawah ikan pari dah bersaiz seperti peti ais 2 pintu, bayangkanlah pulak besarnya ikan pari tu..hmm..

membersih aquarium. kerjaya berinsuran tinggi ni. bandingkan ikan pari dengan penyelam tu…sekali ikan tu ngap!..huh..

inilah diantara sebahagian gambar untuk tatapan semua. kalau nak diikutkan banyak lagi ni..heheee…

ddmk: ikan pari masak asam, ikan kerapu goreng berlada…hahaa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s