dubai the 2nd~ dubai mall

dah alang-alang sampai ni, tak sah kalau kita tak singgah the dubai mall. tambahan pula kunjungan pertama dulupun kami tak abis meronda.

mall ni terlalu besar….percayalah! kalau pergi sekali memang takkan abis jelajah keseluruhannya. sila baca tentang the dubai mall, entry yang di buat pada bulan november tahun lepas. klik> disini

kali ni kami tak sesat macam dulu. tumit pun tak melecet dah. stand-by siap-siap pakai flat shoe…hehee…

kalau nak meronda dalam dubai mall ingatan kena kuat. pesanan pertama dari kami, kita kenalah mengingati setiap laluan yang dilalui.

contohnya butik-butik yang ada. kalau kita dok jalan sakan je..masuk kedai sana, masuk kedai sini..tengok sales make-up, belek sales handbag…jeling pulak sales perfumes, hmmm…memang sesatlah jawapnya!

kalau bawak kamera, sambil berjalan tu snaplah beberapa keping gambar untuk dibuat ingatan. supaya kita tak lupa dari arah mana kita masuk.

waterfall. memang mencuri perhatian semua pengunjung. setiap yang datang tak lepas peluang ambik gambar.

berbekalkan ingatan tahun lepas, kedatangan kami pada petang jumaat tu jadi satu kunjungan yang penuh semangat. bertambah confident bila berjaya mencari kedai-kedai yang kami dah aim nak pergi.

kebetulan pulak tengah sales…hmm…sales? ahah! bertambah meriah lagi dengan setiap kedai nak tukar season dari winter ke summer. dah pasti stok baru sampai dan mereka nak clear kan stok lama….apalagi…ha.ha.ha…

ada banyak centre court dalam dubai mall. setiap satu berlainan, ini diantaranya. kena buat landmark ni..kalau tak sesat nanti.

saujana mata memandang.

dah penat window shopping, kita santap. makan kat food court. inilah yang menjadi pilihan, makanan thailand. dulupun makan kat kedai ni jugak…hehee…

ais lemon tea & nasi paprik seafood serta nasi paprik ayam…sedap..saya jamin!

tomyam seafood dan popia goreng.

on the way nak balik ke hotel, terjumpa pulak butik ni. parah? memang ‘parah’ la kalau shopping kat sini..hahaa…

cold stone…aiskrim favourite! tak sempat nak makan kat sini. tapi takpe…kat villaggio pun ada..

inilah signboard interaktif yang paling berkesan membantu setiap pengunjung. selain touch screen, ianya sangat membantu nak cari lokasi kedai yang kita nak pergi. kira macam gps la ni..

ada 1200++ kedai. pilihlah yang mana satu. dari butik kosmetik, baju, kasut, handbag, jam hinggalah ke kedai handphone, kamera..tak terkira banyaknya pilihan.

pesanan kedua kami. kalau dah berkenan dengan sesuatu barang yang nak dibeli di satu butik tu, teruskanlah beli. jangan rasa nak tengok-tengok kat kedai lain. atau rasa nak bandingkan dengan offer lain.

ini kerana, jika anda dah puas menilai dan nak patah balik ke kedai yang pertama, belum tentu anda akan jumpa kedai tu semula. sebab kami dah terkena!…hahaaa..

ddmk: datanglah time sales. memang puas hati. saya jamin! 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s