kebakaran di villaggio mall ragut 19 nyawa

belum pun sempat saya membuat entry tentang keindahan Villaggio Mall salah satu shopping mall terbesar di doha, berita kebakarannya yang meragut 19 nyawa meruntun hati saya. kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.30 pagi tadi sangat mengejutkan apabila dilaporkan sistem sprinklers (penyembur air) langsung tidak berfungsi!

 

Smoke is seen from a fire at the Villagio Mall, in Doha's west end, May 28, 2012. The Qatar-based satellite network Al Jazeera said 19 people were killed, including 13 children, on Monday in a fire at an upscale mall in the Qatari capital. REUTERS-Stringer

Mei 28 (Reuters) – Sekurang-kurangnya 19 warga asing, termasuk 13 kanak-kanak, terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di pusat membeli-belah mewah di Qatar, Villaggio Mall pada Isnin, menurut Kementerian Dalam Negeri di negara ini.

Kanak-kanak dari Sepanyol, Jepun, Filipina dan Benin adalah diantara mangsa yang terlibat. Sumber diplomatik di Madrid, Sepanyol memberitahu Reuters bahawa empat kanak-kanak yang telah mati adalah warga Sepanyol.

Masih belum dapat dipastikan punca kebakaran, laporan media yang awal diterima ianya berlaku di kawasan jagaan kanak-kanak.

Kementerian Dalam Negeri Qatar hanya mengesahkan bahawa kebakaran itu bermula di suatu tempat antara Pintu 3 dan 4 dan siasatan sedang dijalankan.

“Tidak ada langsung penggera kebakaran atau penyembur air di pusat membeli-belah.” kata keluarga kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dunia kepada wakil Reuters yang bercakap melalui telefon dari Hamad hospital.

Seorang pegawai kementerian berkata bahawa semua bangunan di Qatar perlu mematuhi peraturan keselamatan “tanpa pengecualian”. Namun apa yang berlaku masih menjadi tanda tanya. Menurutnya lagi sebuah jawatankuasa siasatan akan segera dibentuk.

Asap tebal dilihat keluar dari dalam pusat membeli-belah. semua pengunjung segera dipindahkan. Ambulans dan kenderaan polis menghalang kemasukan orang ramai ke kompleks membeli-belah.

“Kami cuba untuk sampai ke kawasan kanak-kanak tetapi haba yang sangat panas menghalang laluan kami,” kata Brigadier Hamad al-Duhaimi daripada pertahanan awam Qatar kepada pemberita.

Seorang pegawai kementerian memberitahu wartawan bahawa, tiada seorang pun yang mati adalah warga Qatar. Empat orang dewasa yang mati adalah guru dan dua orang anggota pertahanan awam yang cuba memadamkan kebakaran. Tujuh belas orang cedera, termasuk empat kanak-kanak, kata pegawai itu.- Reuters.

 

Bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Firefighters attempt to extinguish a fire at the Villagio Mall, in Doha's west end, May 28, 2012. The Qatar-based satellite network Al Jazeera said 19 people were killed, including 13 children, on Monday in a fire at an upscale mall in the Qatari capital. REUTERS-Stringer

 

Firefighters work to put out a fire at the Villagio Mall, in Doha's west end, May 28, 2012. The Qatar-based satellite network Al Jazeera said 19 people were killed, including 13 children, on Monday in a fire at an upscale mall in the Qatari capital. REUTERS-Stringer

 

Khidmat helikopter digunakan untuk membawa mangsa ke hospital dengan segera.

Emergency personnel evacuate a person via helicopter during a fire at the Villagio Mall, in Doha's west end, May 28, 2012. The Qatar-based satellite network Al Jazeera said 19 people were killed, including 13 children, on Monday in a fire at an upscale mall in the Qatari capital. REUTERS-Stringer

 

cuba lihat gambar wanita yang dikerumuni anggota bomba di pintu masuk, tentu dia sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan anaknya…tapi apakan daya….

Firefighters stand next to an entrance of the Villagio Mall, in Doha's west end, May 28, 2012. The Qatar-based satellite network Al Jazeera said 19 people were killed, including 13 children, on Monday in a fire at an upscale mall in the Qatari capital. REUTERS-Stringer

 

Villaggio Mall dibuka pada tahun 2006, merupakan kompleks membeli-belah bertemakan dekorasi hiasan Itali. berada di dalamnya seolah-olah anda berada di Venice. Lengkap dengan taman tema dan terusan air yang dilayari oleh gondola.

Hotel The Touch terletak di sebelah bangunannya. Termasuklah stadium utama Qatar, Khalifa Stadium yang dirasmikan semasa Sukan Asia Doha 2006.

persoalannya….bagaimana sistem keselamatan kebakaran di shopping mall semewah ini gagal berfungsi?

semasa kejadian terdapat 20 orang kanak-kanak di pusat jagaan Gympanzee. terharunya dan tersentuh rasa hati mengenangkan 7 orang kanak-kanak perempuan dan 6 kanak-kanak lelaki yang rentung, menjadi mangsa kelalaian pemantauan sistem keselamatan yang sangat lemah.

mangsa yang masih kecil tentu panik dan menangis apabila terperangkap lebih dari 2 jam dalam pusat jagaan tersebut. bayangkanlah mereka hanya berumur diantara 1 dan 3 tahun!

4 orang guru serta 2 orang anggota keselamatan turut terkorban dalam kebakaran yang sangat tragik dan menyayat hati ini.

tambah sebak dada saya bila turut dilaporkan sepasang suami isteri kehilangan ketiga-tiga anak kembarnya yang berusia 2 tahun…..

mujurlah juga kejadian ini berlaku di waktu pagi kerana pengunjung masih belum ramai. andainya di waktu malam…tidaklah dapat saya bayangkan musibahnya. kerana semua warga doha lebih gemar keluar bersantai pada masa tersebut…. termasuklah saya.

sekiranya sistem penggera kebakaran berbunyi, pasti semua mangsa akan sempat menyelamatkan diri. jika sprinklers berfungsi merenjiskan air, paling tidak pun jumlah kematian tidaklah seramai ini.

untuk melihat situasi kejadian, sila klik disini> video kebakaran villaggio mall

 

ddmk:  takziah kepada 19 keluarga mangsa yang meninggal dunia. moga tabah menghadapi dugaan…😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s