villaggio~ satu tragedi…

insiden kebakaran di Villaggio Mall pada 28 mei adalah satu malapetaka yang membuatkan seluruh doha tersentak. hingga kini berita mengenainya masih belum reda.

akhbar-akhbar utama seperti The Peninsula, Gulf Time, Al Jazeera, The National serta laman twiiter Doha News, BBC dan CNN masih hangat dengan ulasan kejadian. yang menjadi topik utama ialah kenapa sistem pencegahan kebakaran gagal berfungsi dan tiada langsung pelan tindakan kecemasan dari pihak Villaggio.

sedangkan menurut sumber dari Kementerian Dalam Negeri bahawa semua bangunan di Qatar diwajibkan mematuhi peraturan keselamatan “tanpa pengecualian”.

memanglah Villaggio mempunyai penggera kebakaran dan sprinklers, sebab itulah dikatakan shopping mall itu menurut undang-undang yang ditetapkan. tetapi sejauh mana sistem ini berfungsi?

kalau setakat memasangnya saja sudah dikira memadai tanpa memberi manfaat semasa diperlukan, apalah gunanya?

19 nyawa telah menjadi galang gantinya kepada mereka yang meremehkan elemen keselamatan yang sangat penting ini.

 

A distraught father carries the body of his son, who died in the mall fire, during a funeral procession in Doha yesterday.

 

 

A father of one of the victims cries for the loss of his son outside Doha's Villaggio Mall

 

kesan kebakaran di pusat jagaan Gympanzee dan kerugian yang dialami pengurusan Villagio amat teruk. namun ianya tidaklah terbanding dengan kesan memilukan dan trauma yang mendalam kepada ibu bapa yang kehilangan cahayamata mereka.

semasa sidang akhbar diadakan, pihak bertanggungjawab telah diasak dengan soalan-soalan panas dari media yang ingin mendapat jawapan.

saksi-saksi memberitahu bahawa penggera langsung tidak berbunyi dan tiada sprinklers dihidupkan.

menjawab soalan tersebut, pegawai bertugas berkata pemadam kebakaran dan peralatan keselamatan yang ada di dalam bangunan tidak dapat digunakan kerana asap terlalu tebal dan haba yang melambung tinggi.

pegawai-pegawai kerajaan lebih menekankan kepada usaha pasukan Pertahanan Awam yang bersungguh-sungguh untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa terperangkap sehingga 2 anggota mereka turut kehilangan nyawa.

semoga roh mereka iaitu Mahmood Haidar, 27 tahun dari Palestin dan Houssam Chahboun, 22 tahun dari Morocco akan dicucuri rahmat dan mendapat ganjaran pahala kerana sanggup meredah api semata-mata untuk menyelamatkan kanak-kanak.

semasa kejadian tempohari, pasukan keselamatan telah membuat pelan pemindahan serta pelan menyelamat, tetapi kerja-kerja mereka telah dihalang oleh kekurangan akses kepada kawasan yang terjejas.

pasukan penyelamat terpaksa melaksanakan rancangan mereka sendiri apabila tidak ada apa-apa garis panduan untuk memindahkan mangsa di pusat jagaan harian kanak-kanak tersebut.

berikutan itu 2 orang pengurus Villaggio telah ditahan serta merta oleh pihak berkuasa sejak hari kejadian. hingga kini tiada siapa daripada pihak pusat membelah itu yang bersedia untuk memberi sebarang komen.

disaat ini pengurusan Villaggio dan Kementerian Dalam Negeri sedang bertungkus lumus untuk mencari punca kejadian. peguam-peguam kementerian mula sibuk membuat kertas kerja bagi membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

oh ya!….tidak lupa juga, mereka bersiap sedia untuk mengheret orang yang bertanggungjawab ke mahkamah.

 

kaum keluarga, sahabat dan orang ramai meletakkan bunga, belon dan teddy bear di Aspire Park bersebelahan dengan Villaggio sebagai tanda ingatan semalam.

 

Martin dan Jane Weekes, pasangan yang kehilangan kembar 3 mereka turut berhimpun.

 

inilah kembar 3 dari New Zealand yang terkorban. (dari kanan) Lillie, Jackson dan Wilsher Weekes.

walaupun sering diungkapkan apa yang telah berlaku akan berlalu dan menjadi pengajaran kepada orang lain pada masa akan datang untuk lebih serius tentang aspek keselamatan, tetapi hanya ada satu ayat yang tepat untuk menggambarkannya:  dah terlambat… 

ddmk: turut merasai kehilangan…

5 responses to “villaggio~ satu tragedi…

    • shopping ni tempat kitaorg lepak tiap2 hujung minggu. tgk movie & beli barang dapur pun kat situ sbb ada care4. mmg selalu penuh, nak parking pun susah. syukurlah terbakar hari siang, klu malam..rasanya lagi ramai yg terkorban. tu yang betul2 terkesan kat hati ni…sedih dgn budak2 tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s