balik kampung

As salam semua……🙂

apa khabar? harapnya semua sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt hendaknya…aminn..

dah hampir sebulan tak update blog ni. bukan ‘malas’ tapi sebenarnya kami di tanahair. balik bercuti, abe matt dapat vacation leave 3 minggu, so apalagi cuti-cuti malaysia lah kita!

3 minggu cuti dipergunakan sepenuhnya. minggu pertama balik kampung di kuala pilah, negeri sembilan. balik rumah mak dan rumah mak mertua. kira spend masa dengan family sungguh….mulalah dapat makan lauk pauk kampung. sedap tak terkata, tambah pulak mak yang masak….perghhhh…terbaikkkk….hahaaa….

minggu kedua kami jelajah pulau langkawi dan melaka. laksa kedah, pasemboq, bihon sup utara menjadi minuman petang wajib semasa di langkawi. hinggakan makcik yang jual makanan tu perasan kehadiran kami yang setiap hari datang di gerainya. mau tak nya kan…..takde orang lagi kot yang boleh order double menu kat situ.

double menu? maksudnya macam ni- kami minta laksa kedah 2 mangkuk, bihoon sup 2 mangkuk, pasemboq 2 set dan tak lupa juga….cendoi pulut 2 mangkuk. bila semua order tu sampai…hahh… penuh satu meja, sedangkan yang hanya ada 2 orang, iaitu saya dan abe matt!

bak kata orang kedah….selamba je kami dok pulun semua tu….kikikiki….

sementara di melaka, asam pedaslah menjadi buruan. cari punya cari..akhirnya kami makan di restoren ani, parit jawa kat area mitc tu. ok jugaklah rasanya….cuma sayangnya semasa makan masak asam tu, tak ada lawannya seperti ulam dan belacan, cencalok, telur asin. semua tak ada! so…kurang menyengatlah kan?

zoo melaka menjadi pilihan untuk kami meronda. uishhh….terbaiklah! sangat baik….kalah zoo qatar. banyak betul bezanya zoo melaka sekarang berbanding kali terakhir kami datang 10 tahun yang dulu.

diminggu yang terakhir, minggu ketiga, kami hanya spend masa kat rumah. pusing-pusing pun area ampang dan kL saja.

cepat betul masa berlalu. rasa tak puas cuti 3 minggu ni. walau apapun, syukurlah dapat bertemu keluarga, sahabat, jiran dan yang paling penting…. dapat balik rumah yang dah ditinggalkan selama ini. kesian rumah tu….kalaulah dia boleh bersuara, mesti dia komplen…

ddmk: lepas rindu….

One response to “balik kampung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s