Pulau Langkawi: Dataran Lang

dari doha dah berbincang dengan abe matt, hmmm…. ‘mana kita nak meronda kat malaysia nanti ye?’

mulalah terbayangkan pulau perhentian….memang dah lama teringin nak pegi. ramai member yang dah ke situ bagi komen yang positif belaka. tapi yang lecehnya kena pulak drive ke negeri terengganu kite tu. mau jugak makan masa 4-5 jam kalau itulah destinasi pilihan.

pulau pinang dan pulau langkawi pun termasuk dalam senarai. mana satu nak pilih ye?

akhirnya kami sepakat memilih pulau langkawi. sebab? abe matt nak naik cable car dan nak ronda satu langkawi! walaupun sebelum ni dah 2 kali melancong di sana, tapi kali ni lain kata abe matt…hmm…apa yang lainnya?

11/06/2012

~ selamat sampai di langkawi pukul 1 tengahari. selepas check-in di hotel casa del mar, pantai cenang, eloklah kita makan dulu kan. room service la pulak..aka..makan beradap dalam bilik.

~ kuehtiaw penang satu! dah lama tak dapat makan niiiii…..heheee

~ nasi goreng special untuk abe matt..

~ penghilang dahaga…jus mangga dan jus tembikai.

~ selesai makan dan berehat sekejap, kami meronda di dataran lang. inilah antara yang lainnya kunjungan ke langkawi kali ni. akhirnya kami jejak jugak ke dataran lang. sebab sebelum ni asyik tak sempat nak pegi.

dataran helang merupakan mercu tanda pulau langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong di sini. patung helang setinggi 12 meter dengan sayap berkepak seolah-olah bersedia untuk menyusur ke udara menjadikannya satu pemandangan yang mengagumkan.  tugu ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti di pekan kuah.

petang tu ramai jugak pelancong dari arab. orang india dan cina pun ada. cuma tak pasti kaum india dan cina tu originally orang tempatan ataupun memang dari luar negara. semua pengunjung teruja bila melihat patung gergasi burung helang tu…termasuklah saya…hahaaa…

~ anak-anak arab tengah posing..

~ pemandangan di sekitar dataran lang.

~ gunung raya..

~ hampir senja kami beransur. lama jugak lepak kat situ..rasanya adalah dalam 2 jam. puaslah abe matt ambik gambar untuk koleksinya.

masa nak makan malam. badan dah penat, walaupun berderet restoren di pantai cenang tu…tapi tak tahu nak makan apa. sudahnya kami redah masuk ke salah satu restoren. sebab restoren tu nampak macam meriah dengan pengunjung. siap ada live band lagi.

pilih punya pilih…….haaaaa…ni dia….makanan ‘berpantang’ abe matt jugak menjadi pilihan. dah lama dia tak makan udang ni.. gout..

~ lobster goreng butter…pergghh….cair dimulut!

~ ambik lagi sekor….goreng pedas pulak. betul-betul balas dendam abe matt kita malam tu.

alhamdulillah. walaupun terduduk keletihan, tersandar kekenyangan dengan wajah kelesuan….tapi ini hari yang best. jom balik hotel…kita rest dulu….🙂

ddmk: rasa nak tapau lobster sekor, nak buat masak lomak cili api!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s