iphone 5 di Qatar

di amerika, china dan jepun peminat tegar Apple dah beratur panjang di luar premis untuk mendapatkan telefon pintar terbaharu, iphone 5. bukan setakat berkampung di situ seminggu lebih awal,  malah ada peminat fanatik dengan kreatifnya mencipta kostum iphone untuk di pakai.

manakala di qatar warganya tidaklah setaksub itu, tetapi……bila iphone 5 dah keluar di pasaran…haaa….pak arab ni rembat yang paling mahal tau!

jika kita tengah berkira-kira untuk membeli 16gb, di doha stok untuk 64gb dah abis ye!  jom kita baca info ni:-

 

Doha, Sept 25 (The Peninsula):  Peminat Apple bergegas untuk memilih iphone terbaru di Qatar, dengan sumber-sumber pasaran mengatakan bahawa stok semakin berkurangan disebabkan oleh permintaan yang sangat tinggi.

Walaupun telefon pintar terbaru ini masih belum dikeluarkan oleh Vodafone lagi, penjual eksklusif Apple di Qatar menyatakan bahawa sesetengah orang sanggup membayar sehingga QR5,000 untuk membeli 1 unit iphone 5 dari outlet-outlet yang berbeza di doha.

Pada hari Jumaat lepas, bersempena dengan pengeluaran iphone 5 di Asia, Eropah dan Amerika Utara, stok yang sangat terhad turut  muncul kedai di sekitar jalan Al Nasser Street.

“Kami sedang menjual 16gb pada harga QR4,400, 32gb untuk QR5,400 dan kita telah kehabisan stok untuk set 64gb”. Mohammed Abdullah, Pengurus Besar Dunia Komunikasi memberitahu akhabar The Peninsula. Beliau enggan mendedahkan harga sebenar  iphone 5 yang telah dijual pada hari Jumaat.

Harga telefon pintar adalah berubah-ubah, dengan peniaga mengatakan bahawa harga akan stabil hanya apabila telefon itu dikeluarkan oleh penjual rasminya.

Dengan berita tentang adanya telefon terbaru ini di pasaran, banyak tempahan telefon telah dibuat terlebih dahulu sedangkan stok adalah terhad.

“Anak perempuan saya melihat iklan untuk iphone 5 dalam akhbar pagi ini dan memberitahu saya untuk membelinya untuk dia”, kata Jassim Al Ghazali, yang membeli telefon tersebut dari cawangan D-Ring Road Lulu Hypermarket.

Kenyataan rasmi dari Lulu Hypermarket berkata, bahawa mereka telah menjual lebih 70 set iphone 5 dalam masa kurang daripada 5 jam semalam.

“Malah jika kita mendapat seribu set sekalipun, kita boleh menjualnya dengan cepat,” kata pegawai itu.

iphone 5, yang ringan, lebih nipis dan lebih kuat daripada pendahulunya, hanya menerima nano Sims, yang lebih kecil daripada kad sim dan Sims mikro dalam iphone 4.

Walaupun Vodafone mula menyediakan nano Sims semalam, Qtel melancarkan Sims nano awal bulan ini dalam persediaan untuk telefon pintar yang dinanti-nantikan.

“Saya sudah mempunyai iphone 4 tetapi saya tidak membeli versi 4s kerana saya merasakan tidak ada banyak perbezaan antara kedua-duanya. iphone 5, bagaimanapun, datang dengan ciri-ciri yang lebih baik itulah sebabnya saya membelinya”. kata seorang pelanggan  yang dengan megahnya turut menunjukkan Samsung Galaxy S3 beliau.

 

ddmk: pakailah apa yang ada…selagi tak rosak..hehee..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s