virus SARs kembali?

 

Lelaki warga Qatar sakit tenat di UK dengan virus baru jenis SARS.

Isnin 24 sept. (Reuters) : Seorang lelaki Qatar sedang sakit tenat di hospital di Britain, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Badan Kesihatan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata mereka sedang mencari maklumat lebih lanjut mengenai virus terbaru ini yang datang dari keluarga yang sama seperti virus SARS yang muncul pada tahun 2002 dan telah membunuh 800 orang.

Pesakit yang berumur 49 tahun itu mempunyai gejala jangkitan pernafasan akut dan kegagalan buah pinggang.

“Pesakit masih hidup, tetapi seperti yang kita faham, dia dalam keadaan kritikal”. kata Gregory Hartl, jurucakap yang berpangkalan di Geneva WHO, kepada Reuters.

WHO berkata pesakit dari Qatar itu telah pergi mendapatkan rawatan doktor pada 3 September 2012 kerana mengalami gejala jangkitan pernafasan akut. Ia tidak mengatakan di negara mana diagnosis telah dibuat.

Pada 7 September, dia telah dimasukkan ke unit rawatan intensif di sebuah hospital di Doha, Qatar dan pada 11 September, lelaki tersebut, yang juga baru-baru ini berada di Arab Saudi, telah dipindahkan ke Britain oleh ambulans udara dari Qatar.

 

5 orang disyaki dijangkiti virus SARS setelah kembali dari Saudi dan Qatar.

Dubai. Rabu 26 sept. (Gulf News) : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu menggesa pekerja kesihatan di seluruh dunia melaporkan mana-mana pesakit dengan jangkitan pernafasan akut yang mungkin telah mengembara ke Arab Saudi atau Qatar dan telah terdedah kepada virus baru SARS seperti yang disahkan dalam kes dua orang pesakit setakat ini.

Pengumuman ini dilakukan setelah lima orang telah dikuarantinkan di sebuah hospital di Denmark dengan gejala penyakit pernafasan virus baru.

“Kami telah menghantar sampel lima pesakit tersebut untuk ujian dan berharap untuk mendapatkan keputusan petang ini”. kata Ketua Doktor Svend Stenvang Petersen dari Hospital Universiti Odense.

“Lima orang mempunyai gejala demam, batuk dan seperti influenza,” katanya.

Petersen berkata mereka yang dimasukkan adalah sebuah keluarga seramai empat orang di mana bapa mereka telah pergi ke Arab Saudi, dan seorang pesakit lagi telah ke Qatar. Dua daripada mereka yang mempunyai gejala adalah di bawah umur lima tahun.

“Kami telah meletakkan mereka secara berasingan kerana kita tidak tahu bagaimana virus itu merebak. Sama seperti kes virus selsema burung dan selesema babi, kita mengasingkan mereka supaya dapat mengelakkan penyebaran kepada orang lain”. kata Petersen.

 

# dengan 2 artikel berita terkini dari timur tengah ini membuatkan hati saya terdetik teringatkan abe matt kita. moga dia dilindungi dari segala penyakit merbahaya dan penyakit berjangkit. juga kepada semua warga Malaysia di Qatar, Arab Saudi, Oman, Bahrain, Yaman, Kuwait dan UAE…semoga semuanya dalam keadaan selamat.

 

ddmk: take care!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s