simple tapi bermakna

raya haji 1433H dah sebulan lebih berlalu. waktu tu keluarga di tanahair ada bertanya tentang sambutan kami di sini. jawapannya mudah. ~ ala kadar jer…hehee…

kami tak kemana-mana. kuih raya pun tak buat. cuma lepak kat rumah, masak-masak dan jemput kawan abe matt datang menjamu selera.

sehari sebelum raya tu, macam-macam resepi muncul di kepala. teringin nak buat lontong tapi tempe pulak tak ada kat doha ni, tak bestlah kalau tak cukup syarat..ye tak?

ke nak buat nasik tomato…atau nasik ayam. hmmm…buat soto dengan sup tulang? tapi susah nak cari tulang lembu.

tak jumpa pulak orang jual daging fresh macam kat malaysia. menjelang hari raya, bergantungan peha lembu di pasar mahupun di tepi jalan. pilihlah nak yang mana. belilah berapa kilo sekalipun.

di sini hanya ke carefour kalau nak beli barang basah. pilihan kedua pasaraya lulu. baik carefour atau lulu, pasaraya ni hanya jual daging lembu dari new zealand dan india. tulang…tak jumpa.

akhirnya abe matt cakap buat yang simple sudahlah. tak perlu nak peningkan kepala mencari bahan masakan. kalau ditempat kita tu lain…semuanya ada depan mata.

dan oleh yang demikian….terzahirlah menu seperti di bawah. simple je tapi…sedaplah jugak….hahaa…🙂

 

~ menu wajib pagi raya. kurma ayam jauh dimata..

 

~ sambal udang menitik tangis..

 

~ rendang daging bonda..

 

~ sayur campur 3 rasa..

 

~ siap dimakan.. hanya ada maruku wakil kuih raya.

 

~ kuah kacang doha..

 

~ nasi impit nona KL..

 

~ muffin sedia dirasa..

 

~ mangga manis madu..

 

ddmk: pertama kali dengar takbir raya di masjid pukul 5.30 pagi..sayu!

2 responses to “simple tapi bermakna

  1. Maaf dah lama tak datang menyinggah. Apa khabar?
    Nak beritau, tempe, tahu kering, tepung beras, pulut hitam dll ada kat kedai Jakarta berdekatan dgn old airport. Kedai kecik aje dan agak tersorok.
    Kedai ni dekat dgn Shoprite, dari tepi jalan boleh nampak dah. Kat situ ada jual daun kesum, daun pandan, daun pisang, serai dll.
    Nak daging dan tulang yg murah kena pergi kedai butcher kat Souq Philipine. Sebaris dgn Souq Assiri & Souq Deira.
    Memang letih la nak mencari barang pusing-pusing Doha baru jumpa… ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s