pasar malam jom!

pasar malam di doha? memang ada! tapi bukanlah seminggu sekali atau sebulan dua kali ye..

tengoklah masanya, kadang-kadang 2 atau 3 bulan sekali sahaja. atau setahun dalam 5 atau 6 kali. semuanya bergantung kepada pengurusan Malaysia Association of Qatar (MAQ) yang menganjurkannya.

kalau nak tahu bila pasar malam akan dibuat maka rajin-rajinlah kita update laman web MAQ. atau berdaftar saja dengan MAQ dengan bayaran qr100. sila rujuk : http://www.malqatar.com/MAQ/

setiap kali ada pasar malam atau aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung maka kita akan dimaklumkan melalui email.

dah menjadi rezeki kami….kebetulan ada pulak pasar malam pada 7hb disember yang lepas. itu pun kira terlewat jugaklah dapat tahu. sebab seminggu sebelum itu pada 30hb november ada Bazar Malaysia di Al-Khor.

pada petang jumaat 7hb disember: dengan penuh semangat nak memborong makanan…amboi ayat! kami bergerak ke kedutaan Malaysia yang terletak di Zone 66, Lusail Street, West Bay, Dafna. di perkarangan kedutaanlah tapak pasar malamnya.

jom tengok hasil rampasan kami….cukup stock untuk makan 2 hari nih…hehee…

 

DSC_8430

~ char kuey tiaw..panas-panas ni..

DSC_8439

~ nasi lemak satuuu….siap dengan sambal kerang, sambal sotong, sambal paru dan teluq

DSC_8442

~ kuih tradisi dari restoren Kebaya, souq waqif

DSC_8445

~ satay ayam..satu cucuk qr2 

DSC_8449

~ haaaaa….mari-mari makan…

DSC_8451

~ sedap…lepas gian…marvelous….huhuuu….

sebenarnya kalau ikutkan hati nak tapau lagi tu. ada roti john, nasi kerabu, nasi ayam, ayam percik, rendang, homemade kek, durian crepe, dan lagi…dan lagi…tapi mujur ada abe matt kita yang dok bisik kat telinga ‘sabar-sabar..’

itulah kan…dulu masa kat tanahair tak berapa nak terjah pasar malam ni. sebab pasar malam ada kat depan rumah je. dibuat pulak seminggu 2 kali. nah sekarang…apa cerita?

INFO TERBARU:

Pasar Malam ~ Musim Sejuk : 11hb Januari 2013. pukul 3 petang hingga 8 malam. perkarangan kedutaan.

ddmk: jom tapau lagi…yeayyyyy….🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s