undi adalah rahsia…hehee…

 

* surat daripada Kedutaan Malaysia.

Kepada : Semua Warganegara Malaysia Di Qatar

Per: Kemudahan Mengundi Secara Pos Kepada Warganegara Malaysia Yang Layak Di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Ingin dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah meminta kerjasama pihak Kedutaan untuk mendapatkan maklumat warganegara Malaysia di luar negara bagi proses pendaftaran pengundi pos di luar negara.

3. Bagi tujuan mengemaskinikan maklumat sebagai pengundi pos di luar negara untuk Pilihanraya Umum ke 13 nanti, pihak Kedutaan ingin memohon kerjasama semua warganegara Malaysia yang tinggal di Qatar dan telah mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan pihak SPR agar dapat mengemukakan salinan kad pengenalan dan salinan muka depan pasport dengan cara berikut:-

(i) hadir di pejabat Kedutaan pada waktu pejabat (8.30 pagi hingga 4.00 petang) dengan membawa salinan kad pengenalan dan passport; atau

(ii) melalui emel kepada: embassymalaysiadoha@gmail.com

4. Senarai warganegara Malaysia di luar negara yang layak/diterima untuk mengundi beserta lokasi (Pejabat Kedutaan yang terpilih) dan waktu mengundi akan dimuat naik di laman web SPR kelak.

5. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan maklumat yang dikehendaki pada para 2 di atas selewat-lewatnya pada 4 Januari 2013. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
DOHA
Tarikh: 31 Disember 2012

TEL : (974) 44836463
FAX : (974) 44836453

sumber dari: MAQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s