kita serumpun

dah menetap selama setahun setengah di doha, barulah tahu rupanya ada restoren indonesia di sini. itupun secara tak sengaja terjumpa di youtube tentang lawatan orang malaysia ke qatar. selain dia dibawa layan lap kat padang pasir (sand dune), dia juga menjamu selera di restoren indonesia.

bertitik tolak dari maklumat tersebut, saya dengan segera bertanya kepada encik google kita yang famous tu…heheee…

almaklumlah…bab jalan-jalan cari makan ni, harus diberi keutamaan setiap kali hujung minggu. sebabnya weekend is my off day, gantung kuali, tak masak…haaaa…

destinasi pertama: Restoran Bamboo

Restoran ini berada tak jauh dari Old Doha International Airport. ia berada di dalam area Food Court-Fashion Asia Mall. Tepatnya berada di Airport Road, Matar Qadeem. tapi sayangnya…restoren ini ditutup sementara semasa kedatangan kami.

destinasi kedua: Restoran Minang 2

Restoran ini terletak di Parco Mall-Halul Stret. ianya berada di food court di tingkat 3. kami makan tengahari di sini.

DSC_8262

~ abe matt tengah order makanan

DSC_8265

~ dalam banyak-banyak menunya…yang inilah kami nak rasa..

DSC_8266

~ dah lupa pulak nama menu ni…hehee…tapi rasanya bolehlah tahan

DSC_8268

~ kari ayam

keesokan harinya kami mencari lagi… dan jumpalah restoren yang rasa makanannya sedap di tekak kami.

meaning? haaaa….jom layan gambar ni

destinasi ketiga: Restoren Nusantara

Restoren terletak di Building 12, Barwa Village. berdekatan dengan Doha International Airport. kami sarapan pagi di sini.

masuk je restoren terus nampak kerepek ubi pedas…apalagi..terus sambar. nampak je pucat tu. macam kurang lada, tapi bila dah makan..perghhhh…saling tak tumpah rasanya macam kat malaysia!

DSC_8271

~ tu dia….Balado Singkong atau kerepek ubi berlada.

DSC_8273

~ sedap sungguh apam ni…lembut..gebu..wangi…colourfull lagi kan..

DSC_8277

~ soto bihoon pilihan abe matt

DSC_8280

~ air kopi cap Kapal Api…indonesia mari nih..

DSC_8281

~ lontong. pilihan saya. nampak pelik kan?

DSC_8283

~ tu dia…ada nasik impit, telor rebus, keropok dan yang hitam tu nangka. sedap, pedas..

dan minggu-minggu seterusnya..kami datang lagi dan lagi…🙂

DSC_8287

~ try nasik lemak pulak la

DSC_8290

DSC_8462

~ ayam penyet pun ada..

DSC_8464

~ apam dan sup tulang..

DSC_8470

~ king of the day….cendol ais yang menawan kalbu..

insyaAllah…esok buat kesekian kalinya kami datang lagi…jom! jumpa kat sini…

DSC_8296

walaupun berlainan rasa makanannya berbanding yang dah sebati dengan selera kita, namun sedikit sebanyak dengan adanya restoren seperti ini dapatlah merasa sesuatu yang mengingatkan kita kat tanahair.

dianggarkan ada 10 restoren indonesia di doha, sedangkan restoren malaysia hanya ada 1, iaitu Restoren Kebaya.

 

ddmk: rasa nak bukak restoren pulak dah ni..

7 responses to “kita serumpun

  1. adoi kak!! nmpk sgt menarik! siries lapo!! hahah! sy pn x berapank terjah pasar mlm ke mane. rs cm boring je mkn menda2 tu..skali2 sibuk cari western. dh duduk tmpt org bru rindu mskan msia ek kak..hehe. pasni kena lebih menikmati ni.kekek

    • betul dik…dok sini makan western & arabian delight tu dah jadi biasa. sudahnya carik makanan melayu gak…itu yg g pasar malam kat kedutaan akak geram je tgk semua makanan…tambah2 kuih-muih tu..dulu pandang hujung mata, haa skrg..kalau boleh nak beli semua!!

    • tahniah fadzlan kerana memilih qatar. jangan risau ramai org malaysia kat sini. 2 bulan sekali ada pasar malam, masa tu lah kami berjumpa. makan2 sambil borak2. bila nak datang?

      • sesiapa yg akan berhijrah ke qatar boleh lawat fb Malaysians in Qatar. kat situ boleh tengok mcm2 aktiviti kami di sini. jika memilih utk tinggal di al khor sila ke fb Malaysian al Khor. anda juga boleh lawati laman web Malaysian Association in Qatar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s