Katara Village

Katara Village adalah nama yang diberikan kepada kampung budaya di Qatar, ia terletak di antara Doha West Bay dan The Pearl. telah dibuka secara rasmi pada Oktober 2010 semasa Doha Tribeca Film Festival DTFF dan TEDxDoha.

Banyak organisasi mempunyai pejabat mereka di Katara. ini termasuklah Persatuan Jurutera Qatar, Fine Arts Qatar Society, Visual Art Centre, Qatar Photographic Society, Pusat Kebudayaan Kanak-kanak, Persatuan Teater dan Akademi Muzik Qatar.

sumber: wikipedia

~ dah lama abe matt sebut pasal Katara ni, tapi tak jugak berkesempatan melawat. akhirnya…dengan aksi spontan selepas makan tengahari di Restoren Nusantara tu, tiba-tiba…dia berkata… jom ke katara!

DSC_8512

 

~ taklah jauh sangat rupanya..dalam 30 minit perjalanan dari Barwa Village. inilah pintu masuk ke Katara.

DSC_8519

 

~ dah sampai. pantainya bersih dan cantik. air laut pun jernih. boleh sewa bot, jet-ski dan sampan itik angsa tu..hehee..

DSC_8525

 

~ boleh mandi di sini, tapi diLARANG mengambil gambar. di setiap 15-20 meter sepanjang pantai ada pengawal keselamatan. jadi kami pun snap sekeping dua je gambar kat area ni.

DSC_8526

DSC_8527

DSC_8537

DSC_8556

 

~ Katara terletak di tepi laut. selain kita boleh mandi manda, ada juga kemudahan lain seperti restoren dan cafe, masjid biru, auditorium, galeri seni visual, galeri seni arca, galeri seni kanak-kanak dan amphetheatre. jadi, 2 in 1. lepas lepak tepi pantai, kita boleh melawat galeri pulak.

DSC_8570

 

~ senibina bangunan di sekitar colliseum

DSC_8590

 

~ bangunan berwarna keemasan, yang menarik perhatian ialah salur airnya macam pancuran emas kat atas Kaabah.

DSC_8595

DSC_8599

 

~ besarnya pintu masuk..

DSC_8603

DSC_8608

DSC_8619

 

~ restoran kat Katara ni besar-besar belaka. konpom dah kena keluar duit besar gak la tu kot..

DSC_8622

DSC_8628

 

~ memang disediakan banyak buggy car. sebab kawasan Katara besar dan luas.

DSC_8631

 

~ tu dia.

DSC_8571

DSC_8540

DSC_8545

DSC_8627

 

~ dari pinggan, mangkuk, sudu, teko, cawan, gelas, dulang….hasil seni yang sangat kreatif.

DSC_8630

 

~ deretan souq di tepi pantai. tapi masa kunjungan kami, tak bukak lagi bisnessnya

DSC_8647

 

~ suasana senja. romantiknya jalan-jalan kat tepi laut macam ni kan..

DSC_8653

DSC_8664

 

bila nak balik barulah rasa lenguh kaki. rasa nak mintak abe matt dukung je…heheee… tadi tak rasa sebab terpukau dek pemandangannya. ini baru part 1, baru ronda separuh. ada separuh lagi tak pergi.

kami tak larat dah…nak tahan buggy car tapi asyik penuh je manjang.

apa yang saya lihat kebanyakan pengunjung akan naik buggy car untuk balik ke parking lot. samalah tu…penat!

 

ddmk: next visit nak mandi laut lah..erkss..kena pakai jubah ke?

2 responses to “Katara Village

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s