daulat tuanku..

image

 

hari ini 25hb Jun 2013 adalah hari yang bahagia…penuh makna dan bersejarah dalam dunia Arab amnya dan untuk Qatar khususnya.

Emir Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani iaitu emir yang memerintah qatar selama 18 tahun telah mengumumkan bahawa baginda akan meletak jawatan dan menyerahkan kuasa tampuk pemerintahannya kepada putera keempatnya Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani yang berusia 33 tahun sebagai emir yang baru.

berita ini adalah peristiwa yang bersejarah bagi Qatar dan negara Timur Tengah… bahkan di dunia!!

kebiasaannya pertukaran raja yang memerintah hanya berlaku apabila berlaku kematian, gering atau apabila disingkirkan dari kuasa. tetapi di sini emir yang berusia 61 tahun ini masih sihat dan bertenaga.

~~> inilah wajah kesayangan seluruh warga qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

image

image

 

Sheikh Tamim, yang hanya baru mencecah usia 33 tahun beberapa minggu lalu, mendapat pendidikan di Sandhurst Royal Military Academy seperti bapanya.

menurut laman web Amiri Diwan, beliau adalah komander dalam Ketua Angkatan Tentera, dan mempengerusikan Majlis Tertinggi Pendidikan, Ashghal, Lembaga Regent Qatar University, Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, dan juga Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Qatar. ( tu diaaa…memang anak raja yang sangat berwibawa).

~~> emir qatar yang baru..

image

 

hari ini diistiharkan cuti umum. dengan semangat meraikan pelantikan emir yang baru, banyak peniaga mengibarkan bendera di premis masing-masing.

oh ya! berita gembira untuk penduduk qatar, emir yang baru dijangka akan membuat pengumuman. iaitu…..gaji naik 10%. wahhh….bestnya…eh..eh…lupa. untuk orang qatari saja daaaa…hahaa..

 

image

sumber: Doha News.

 

ddmk: expat dah mula berbunyi…naik lagilah kos hidup kat sini..adoiii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s