pasar malam sebelum ramadhan

389781_502889833082326_748007892_n

dalam mana-mana blog kisah hidup sesiapapun, bab makan-makan memang tak boleh dipisahkan. mesti ada entry pasal makan kan…hehee…

dengan hadirnya pasar malam kat sini 2 bulan sekali…ianya sangat bermakna dan jugasangat dinanti-nantikan. masa tu lah kita akan dapat merasa pelbagai juadah malaysia..yang secara aslinya dibuat oleh orang malaysia juga.

selain dapat berjumpa kawan-kawan yang tinggal di al khor dan merata tempat di doha, waktu pasar malam inilah acara borong memborong makanan dengan ‘rakus’nya akan dapat kita lihat…

tapi jangan salah faham..beratur tetap beratur semasa beli makanan tu..bab yang rakus itu ialah… belum pun sempat peniaga nak setting barang atas meja..orang dah rembat. letak je…ada orang beli, baru nak susun 2-3 makanan..orang dah angkut.

makanan yang menjadi tumpuan akan cepat habis. dalam sejam dua dah beres. pernah saya saksikan jualan sup tulang sold out dalam tempoh hanya sejam setengah.

tu belum lagi yang dah tempah awal-awal. kita cakap kita nak yang ini…nak yang itu, but then peniaga cakap..’ maaf ye dik, orang lain dah order dulu’. hebat sungguh penangan selera orang kita yang dok di perantauan ni.

cuba masa kat malaysia dulu…hmm…pasar malam den pandang sebolah mato yo..

jadi bagi pembaca yang berkira-kira nak berhijrah bekerja atau belajar di luar negara….haaaa…makanlah puas-puas dulu kat malaysia ye. dan bagi pembaca yang tinggal di tanahair…nikmatilah makanan tradisi kita. kami kat sini dok termimpi-mimpi je nak tunggu pasar malam ni.

untungnya tinggal di qatar sebab persatuan kita aktif. di negara lain belum tentu ada pasar malam, kalau adapun tidaklah selalu.

ahli majlis Malaysia Association of Qatar memang saya salutelah. juga kepada semua peniaga yang menyajikan makanan yang berkualiti dan sedap-sedap belaka.

bertempat seperti biasa di perkarangan kedutaan malaysia di dafna bay, inilah hasilnya makanan yang dibeli.

* kuih bakar 10qr

986910_527886163916026_1048674492_o

* lontong 12qr

986920_527886490582660_1741312031_o

* kuih tepung pelita 5qr

987150_527886130582696_139200121_o

* carrot cake 8qr

989653_527885737249402_1113853376_o

* oreo cheese cake 8qr

989865_527886687249307_2135005380_o

* kuih denderam 10 pcs 10qr

989910_527885720582737_897889769_o

* durian crepe 1 box 25qr

990164_527886603915982_1021254597_o

* sate 1 cucuk 2qr, nasi impit 1 bungkus kecik 2qr

990807_527885900582719_2132416133_o

* kuih kelopong (gula melaka) 5qr

990910_527886443915998_1304168400_o

* laksam 7qr

991132_527886230582686_9143450_o

selain yang dizahirkan di atas…..sebenarnya ada lagi tu. tak sempat nak snap. iaitu nasik lemak, mee goreng, laksa, popia basah, murtabak dan kuih onde-onde bijan. pasti pembaca pelik macam mana kami nak habiskan semua ni kan?

haaaa…itulah pentingnya pengurusan makanan..cewahhh…

yang benarnya, memang tak boleh abislah satu hari. sebab tu mana boleh tahan 2-3 hari disimpan dalam peti ais. makan mana yang patut dulu.

580934_502889849748991_572156906_n

 

ddmk: 3 hari dapurku tak berasap..🙂

7 responses to “pasar malam sebelum ramadhan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s