supermoon di doha, malam 15 syaaban.

Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.

istilah supermoon pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun yang mana kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi.

bulan berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. ada masanya bulan akan berada dekat dengan bumi dan kejadian inilah fenomena supermoon.

dengan mengetahui akan berlakunya supermoon..selepas maghrib semalam, saya telah memaksa secara halus dan kasar kepada abe matt kita untuk keluar ke pantai corniche…hahahaaa… alaaa..bukan jauh pun..hanya 5 minit je naik kereta dah sampai tepi pantai.

fuhhh…berderet kereta kat situ, nak parking pun susah. ada juga saya lihat kaki photo dah standby pacak tripod. memilih angle yang sesuai nak ambik gambar bulan.

hinggakan kat traffic light pun ada orang yang dah sibuk memeteng bulan. haiii…macam-macam kan..semuanya sebab nak pastikan gambar tu cantik.

setelah 2 kali pusing kawasan pantai corniche yang memanjang tu…barulah kami dapat parking. orang agak ramai. kebanyakan duduk sambil merenung bulan.

dan apabila saya mendongak ke langit…mata tertumpu kepada bulan. Subhanallah….besarnya bulan!

orang tua-tua pernah cakap, bulan kat tanah arab ni lebar dulang. iya..memang betul. bulan nampak besar dan lebar…tak sama macam di malaysia.

yang paling luar biasa ialah cahayanya. Allahuakbar…cahaya bulan malam tadi sangat terang…bersinar luar biasa. memancar seolah menerangi alam.

jom kita tengok gambar yang abe matt ambik. mungkin tidaklah sama dengan pandangan secara langsung, tapi bolehlah dibuat kenang-kenangan..hehee..

 

DSC_2029

DSC_2032

DSC_2037

 

dan gambar yang ni dah zoom baikkkkkk punya…anda nampak sesuatu?

superMOON

 

kejadian supermoon tahun ini bagai ada sesuatu yang tersirat. atau hanyalah tafsiran saya sahaja. ianya berlaku pada tarikh nisfu syaaban yang mana terdapat dalam hadis sahih bahawasanya:

‘ Allah turun ke langit dunia pada malam nisfu syaaban untuk mendengar permintaan hambanya’.

jika bulan yang indah itu nampak makin cantik dan berseri apabila dekat dengan bumi, bagaimana pulalah besar hikmahnya jika Allah zat yang Maha Agung hampir dengan kita?

 

ddmk: bila tengok bulan..teringat orang jauh🙂

2 responses to “supermoon di doha, malam 15 syaaban.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s