sisi hitam dan putih masyarakat arab

adalah tidak adil rasanya kalau saya hanya membentangkan kisah yang baik-baik saja tentang kehidupan kat sini. setiap bangsa di dunia ada kelemahan dan kelebihannya. dari segi adat budaya, sikap dan budi bahasa serta penerimaan terhadap bangsa asing.

di malaysia, masyarakat kita menyambut baik golongan expatriate yang semuanya datang diatas ‘jemputan’ bekerja. yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kemahiran profesional. kita tahu mereka ini bukan sekadar menjawat sebarang jawatan tapi sekurang-kurangnya adalah skill worker yang diperlukan khidmatnya di tempat kita.

di sini, dalam pemerhatian saya masyarakat arab hanya pandang ‘biasa-biasa’ saja kehadiran golongan expatriate. pada mereka  kehadiran expat adalah untuk tujuan bekerja dengan mereka. jadi merekalah tuan dan kita hanya ‘yang menurut perintah’.

sisi hitam orang arab akan terserlah apabila di jalan raya. mentang-mentanglah kereta pilihan meraka hanyalah yang besar bagak dan mewah….mereka memandu bagaikan masa tinggal seminit nak buka puasa.

pecut dengan laju, tak bagi signal bila nak memotong, sentiasa bunyikan hon apabila jalan mula sesak, naik di atas divider dan bahu jalan pemandangan biasa untuk mereka potong Q.

bayangkan ye…jika di traffic light kita dah sangkut sebab jalan di hadapan dah jammed, dan lampu pulak hijau…mereka akan bunyikan hon yang memekakkan telinga. sedangkan umum tahu jalan dah sesak, dah padat…mana nak di arahkan lagi kereta?

sikap pemandu di malaysia, kalau ada yang tak puas hati dengan pemandu lain..habis tinggi hon kuat-kuat, pandang dengan muka marah, kejar balik kereta tu dan tunjuk isyarat jari tengah. betulkan? tapi di sini….jangan dibuat-buat macam tu ye..heheee…

kerana mereka sangat sensitif bab tak puas hati ni. caranya ialah…mereka akan block terus kereta tu supaya berhenti.

dan mereka keluar dari kereta terus bersemuka dengan garangnya ibarat singa yang bersedia nak telan mangsa! hah..jawab sekarang apa kes tadi? kalau tak biasa mahu ngigil kepala lutut.

suasana parking di kompleks membeli belah turut menjadi medan meraka sebagai ‘tuan’. jika kita dah spot ada kereta nak keluar, kita akan tunggu di situ dan tentulah itu lot kita kan? oh tidak…bukan di sini ye.

sebab jika mereka nampak lot kosong tu setelah kereta lain keluar, mereka dengan pantas akan terus masuk dengan selambanya. kitalah yang terkulat-kulat sebab dah tunggu, tapi apa nak buat…nak gaduh dengan dia?

lain pula ceritanya jika expat tengah beratur nak bayar di kaunter. sama ada di pasaraya, panggung wayang atau juga di airport. bersedialah…kerana ada diantara mereka dengan sombongnya akan potong Q. apa nak dikata.. nak tegur?

kisah di pejabat. jawatan big bos adalah qatari. kebanyakan mereka tidaklah terlalu workaholic. datang pejabat sekadar tunjuk muka, baca paper, sembang-sembang dan tengok kerja mana yang patut.

ada yang datang lewat sejam..dan balik awal sejam. ambik cuti pulak ikut suka hati. siapa nak marah ? sedangkan expatlah sebenarnya yang teruk buat kerja kat sini…hahahaaa…

itulah hakikat layanannya jika mereka berhadapan dengan expat. walaupun bukan semuanya begitu tapi ini kenyataan.

namun sebagai wanita, saya menyukai sisi putih masyarakat arab. bertuahnya badan kerana tinggal di qatar bukannya di arab saudi yang membuat pelbagai sekatan terhadap kaum hawa.

di sini…wanitalah ‘bos’. kita dianggap sangat istimewa. di pejabat kerajaan kita tak perlu beratur lama untuk ambil nombor giliran. walaupun ada 10 orang lelaki sedang beratur..kita dengan selamba je pulak terus ke hadapan dan akan diberikan nombor.

bila berurusan di kaunter kerajaan, jika kita datang dengan suami, kita akan disuruh duduk rehat-rehat je di ruangan menunggu. hanya suamilah yang akan buatkan untuk kita. kehadiran kita tu sekadar perlu ada sahaja.

melihat senario di pusat beli belah pula…si suamilah yang akan mengangkut beg-beg plastik barangan yang dibeli, sedangkan si isteri hanya akan jalan lenggang kangkung je. walaupun tangan suami dah sarat dengan beg, tapi tetap dia akan membawa semuanya. nampak macho je pulak…🙂

begitu juga di airport, kita tak payahlah nak bersusah payah uruskan hal bagasi di kaunter check-in. duduk je kat bangku tu, semuanya suami yang akan uruskan.

pengalaman saya dalam lift pula, jika seorang wanita atau lebih dalam satu lift, lelaki yang bukan muhrimnya tak akan masuk sekali.

dan jika dalam lift tu dah ada seorang lelaki atau lebih, wanita takkan masuk. berbeza betul dengan tempat kita. lelaki dan wanita bersesak-sesak dalam satu lift!

sementara di klinik, hospital dan tempat awam tertentu ada ruangan khas untuk wanita beratur menunggu giliran. jadi tak payahlah kita nak beratur dalam keadaan depan belakang, kiri kanan kita adalah lelaki.

kesimpulannya…hidup di qatar tiada masalah apabila kita memandang sisi hitam mereka itu sebagai kelemahan dan sisi yang putih itu sebagai kelebihan. apalah sangat….kita pun tidaklah sesempurna mana…kan?

 

ddmk: di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

4 responses to “sisi hitam dan putih masyarakat arab

  1. Selalunya yang ganas di jalan raya tu ialah arab bukan Qatari.

    Qatari jenis yang cool di jalan raya, tak main hon-hon. Kalau dia nak potong, dia potong aje… takde hon-hon. Kalau dia nak cepat… dia terus drive kereta naik bahu jalan. Tak pun short cut dengan off road. Kereta besorkan. Buat kerja-kerja ni dengan penuh gaya dan cool.

    Jangan sesekali menempelak Qatari. Masa tu dia diam aje… cool and cool… tapi tak sepasal nanti kita dijemput Polis ke balai. Tak pun diiring terus ke airport… dah pernah jadi…

    Bab layan isteri dan anak-anak… yang nampak laa… lelaki Qatari memang sangat indulgent. Nampak memanjakan gitu… hahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s