tersentap..

sudah menjadi lumrah apabila ada keluarga yang pulang dari tanah suci mekah, sama ada mengerjakan umrah atau ibadah haji, tentu ada saja buah tangan yang akan diberikan kepada warisnya.

tasbih, minyak attar, tudung, sejadah atau songkok menjadi pemberian yang sangat bermakna selain kurma, kekacang, kismis dan air zam-zam. maklumlah dari tanah suci. terkadang kita terhidu saki baki haruman di sana yang melekat pada barangan yang dibawa.

awal febuari lalu, mak dan kakak sekeluarga telah selamat menunaikan umrah. kepada kakak, saya berpesan supaya membelikan sehelai abaya. dan dia tak lupa…alhamdulillah pilihannya terbaik…hehee..

namun dengan mak saya tak mintak apa-apa. hanya kirim doa saja. moga-moga Allah perkenankan…insya Allah..amin.

selepas asar acara bukak beg dari mekah pun bermula. mak maklumkan dia tak beli banyak. tapi adalah sikit bahagian untuk semua anak cucu dan keluarga terdekat. bagi kami adik beradik pemberiannya adalah sejadah.

satu per satu mak keluarkan sejadah. aduhhhh…cantiknya! pandai mak pilih. ngam-ngam je beli 5 helai untuk kami. 4 helai sejadah yang setiap satunya berwarna turqoise, merah, ungu dan coklat.  memang kualitinya sangat baik dan sangat memukau mata.

manakala sehelai sejadah berwarna kuning, tak cantik langsung macam yang lain. coraknya pun pelik, takda ilustrasi masjid. sekali tengok macam corak kulit cheetah je. macam mana la mak boleh terbeli. silap pilih kot ni..fikir saya.

dengan penuh pengharapan, dalam hati saya nak warna turqoise. sebab itulah yang paling cantik diantara yang lain. kemudian mak cakap “ini untuk along” dan along sambut sejadah tu dari tangan mak.

ok..takpa..takpa…terdetik, saya nak yang merah! tiba-tiba mak cakap “yang merah ni untuk zali”. bang ngah pun ambik.

hmmm…mak…bagi yang ungu tu lah..hati saya berbisik. “haaa…yang ini untuk omar”. adoiiii…melepas lagi!!

ok..laaaa…coklat pun cantik mak. masih mengharap dalam hati. “yang coklat ni untuk salleh”. erkksss..saya?

“haaa…yang kuning ni untuk kau”. gulppppp… adussss…melepas sejadah yang cantik tuuu..

DSC_2113

 

kita dengan setia dok sebelah mak dari tadi dapat bahagian terakhir? sejadah kuning corak pelik macam kulit cheetah tu yang mak bagi? terkilan. rasa nak merajuk.!

terfikir nak buat sistem barter dengan abang.. tapi demi mak yang dah buat keputusan..saya akur je lah.

muka sedikit kelat. menahan hajat tak kesampaian..tapi saya gagahkan perasaan. “dah ini rezekinya..terimalah”. pujuk hati.

almaklumlah…kita ni anak bongsu..jadi kenalah beralah dengan abang-abang ye tak? ehh..eh..bukan abang kena beralah dengan adik ke?

sebelum tidur, saya ‘mengadu manja’ dengan kakak. panjang saya bercerita, tapi kakak hanya tersenyum. makin saya luahkan, makin lebar senyum dia.

kakak: hmmm…aku tak sangka..

saya: kannn…sabar je lah

kakak: aku tak sangka mak bagi kau sejadah tu

saya: tu lah…

kakak: sebenarnya, masa mak beli sejadah untuk abang kita, sekejap je mak pilih dan terus bayar. kemudian mak ternampak sejadah kuning tu. mak berkenan sangat… dua tiga kali mak cakap kat aku “cantik kan..cantik kannn..”

mak usap-usap sejadah tu..mak belek-belek…tengok dengan penuh minat. coraknya menarik perhatian. mak belek lagi dan lagi dan lagi..dan lagi…

tapi sebab nak cepat kejar waktu, aku ajak mak balik hotel dulu. rehat jap, nanti lepas solat boleh beli. mak pun ikut cakap aku.

bila keluar dari kedai, terdengar suara orang panggil “hajjah…hajjah..”. rupanya tuan kedai yang panggil. dia hulurkan sejadah kuning tu. aku ngeleng kepala, bagi isyarat tak nak beli.

tapi dia hulurkan jugak. dia bagi kat mak..dia cakap free! kita orang terkejutlah. free? 

dia hadiahkan kat mak. mungkin hatinya tersentuh melihat warga emas seperti mak menunjukkan minat kat sejadah tu tapi tak beli. masa aku ajak mak balik, mungkin dia ingat mak tak cukup duit nak beli.

mak punyalah suka. tak sangka dapat jugak keinginan hatinya. coraknya lain dari yang biasa. tambahan pulak hadiah ikhlas dari tuan kedai.

bila ke masjid mak bawak sekali..mak dah gunakannya untuk solat kat sana.

aku sungguh tak sangka..kalau kau nak tahu…mak dah bagi kau sejadah yang paling dia suka dan yang paling dia sayang..

saya: (terdiam. masa seolah terhenti)..

DSC_2119

 

ddmk: inilah sejadah kasih dari mak…

7 responses to “tersentap..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s