jonker walk Vs bazar ramadhan?

tindakan Ketua Negeri Melaka untuk membuka laluan jalan bagi kenderaan di pasar malam jonker walk telah membangkitkan ‘amarah’ dikalangan peniaga.

walaupun tempoh percubaan itu hanyalah 4 minggu sahaja bagi menilai alternatif mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar. tapi sudah ada rungutan dari peniaga, pengunjung dan yang paling lantang ialah pihak pembangkang.

dap membalas kenyataan Idris Haron dengan mencadangkan untuk kita menutup bazar ramadhan.

saya tak pernah ke jonker walk. hanya ke petaling street. itu pun 2 tahun yang lepas. dan itulah kali terakhir menjejakkan kaki di situ. pasti! yang menjadi alasan kukuh saya ialah, petaling street bukan seperti 5 tahun yang dulu.

walaupun kerajaan dah menambah baik keadaannya, tapi sikap peniaga yang mula tunjuk taring jika kita tak jadi beli selepas tawar menawar menjadi kebimbangan.

kalau dulu takat nak survey handbag, jam atau kasut sukan, kita boleh jelajah sepanjang jalan kat situ. pilih dan bertanya harganya. harga boleh runding…dan kalau rasa tak berkenan…ok fine, kita cakap sorry..senyum dan blah..pergi kedai sebelah pulak.

kunjungan terakhir saya menyaksikan peniaga seolah-olah desprate nakkan pelanggan. jika kita dah masuk ke gerai dia, dia akan anggap kehadiran kita memang confirm dah nak beli.

peniaga tu akan promote habis-habisan. di tunjukkan semua yang boleh. padahal itulah gerai pertama yang kita singgah dan banyak lagi pilihan gerai lain.

apabila kita tak beli dan nak beredar, suaranya sedikit keras dan dah mula tunjuk muka taiko. huh! memang rasa tak selesa.

 

di sini ada pandangan blogger lain tentang isu Antara Jonker Walk dengan bazar Ramadhan.

menurut blog House PK (parpukari.blogspot.com), media yang dikuasai oleh kaum Cina membantah keputusan Kerajaan Negeri Melaka dan bersedia mengadakan kempen bagi mempertahankan Jonker Walk.

kata blog ini, jika DAP berteriak mempertahankan Jonker Walk, beliau bersama rakan-rakan penulis blog lain akan mempertahankan keputusan Idris.

Wak Jengkol (ulatdankulat.blogspot.com) turut menilai Jonker Walk tidak lebih sebagai pusat jualan barangan tiruan oleh para peniaga haram yang seratus peratus dikuasai oleh kaum-kaum tertentu.

“Ketegasan Idris terhadap peniaga-peniaga haram yang sekian lama beroperasi di Jonker Walk wajar menjadi contoh yang perlu diikut dan dilaksanakan oleh pemimpin Melayu lain di negeri-negeri yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

“Jika di Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh menganiaya peniaga-peniaga Melayu atas nama undang-undang jadi apa masalahnya kalau Ketua Menteri Melaka itu menutup terus Jonker Walk dengan menggunakan pendekatan serupa?” katanya.

Blog The Unspinners (theunspinners.blogspot.com) pula hairan dengan sikap DAP yang begitu emosi dengan tindakan Kerajaan Negeri Melaka itu sedangkan ia bertujuan melancarkan aliran trafik di bandar raya bersejarah itu.

“Sekarang DAP Melaka melalak-lalak membantah penutupan pasar malam tersebut. DAP kata Ketua Menteri Melaka tidak demokratik dan berdendam kepada pengundi-pengundi Cina di Kota Melaka.

“Ini bukan soal dendam, ini soal kamu (peniaga) tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Kamu berniaga tanpa lesen dan jual barang tiruan, itu satu kesalahan,” katanya mempertahankan keputusan tersebut.

Helen Ang (helenang.wordpress.com) turut mengambil bahagian dalam isu ini. Beliau membidas Presiden MCA yang turut membantah keputusan tersebut dengan alasan Melaka bakal kehilangan salah satu tarikan pelancong ke negeri itu.

Bidas beliau: “Betulkah Jonker Walk ada mempamerkan kekayaan pelbagai budaya Malaysia ataupun ia sebenarnya lebih menjurus kepada penjualan barangan tiruan buatan dari China?”

Blog Melayu Maju (siemens-melayumaju. blogspot.com) turut membidas DAP yang terus menerus membuat provokasi dengan membangkitkan isu perkauman dan balas dendam berhubung penutupan Jonker Walk.

“Jika kerajaan Cina DAP boleh meruntuhkan premis perniagaan milik Melayu sesuka hati. Menutup bazar Ramadhan yang rata-ratanya dijalankan oleh peniaga Melayu sesuka hati, berlandaskan kepada undang-undang, mengapa tidak kerajaan negeri Melaka?

“Adakah undang-undang hanya terpakai terhadap kaum Melayu sahaja, tetapi tidak terhadap kaum Cina?” bidas blog ini.

Blog Jiwa Paradox (alamijiwaparadox. blogspot.com) pula menempelak mereka yang membantah keputusan tersebut dan menjelaskan bahawa kerajaan negeri Melaka bukan menutup Jonker Walk, tetapi hanya membuka semula laluan tersebut untuk pengguna jalan raya.

Blog ini juga menempelak DAP yang cuba mengaitkan penutupan Jonker Walk dengan bazar Ramadan. Memetik kenyataan Tony Phua yang mahukan agar bazar Ramadan juga patut ditutup, kata Jiwa Paradox:

“Jangan pusing fakta untuk keuntungan politik kau. Bazar Ramadan ini setahun sebulan saja, bukan sepanjang tahun. Aku harap orang Pas boleh buka mata dengan kejahatan yang dibawa sekutu mereka ini.

“Ramai juga orang Pas yang berniaga di bazar Ramadan. Takkan nak setuju juga dengan DAP yang cuba menutup rezeki kalian ini”.

sumber: fb kemenangan umno negeri sembilan

 

ddmk: Ketua Menteri mungkin nak ‘menjentik’ peniaga kat situ. ingatlah sikit…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s