pengkhianat terbesar

image

 

3hb Julai 2013 menyaksikan presiden mesir Dr. Mohamed Morsi digulingkan oleh tentera yang sepatutnya berdiri teguh dibelakangnya, seakan memberi signal demokrasi telah mati di mesir.

dengan ledakan gerakan anti morsi dan direalisasikan pihak tentera yang sememangnya tidak sebulu dengannya telah berjaya ‘menghalau’ Morsi dari kedudukannya yang diperolehi secara sah setahun yang lalu.

kini Morsi dan bapanya serta 12 orang yang lain dilaporkan dikenakan tahanan rumah. sehingga kini masih belum ada informasi tentang keadaan Morsi.

sejak dipilih tahun lepas, auranya menunjukkan dia seorang pemimpin yang sangat berwibawa. yang boleh disandarkan harapan membantu umat Islam di Palestin, menyokong perjuangan umat Islam sunni di Syria dan berusaha sebaik mungkin untuk membangunkan negaranya yang korup.

beliau juga seorang al-hafiz, yang istiqamah solat berjemaah di masjid. sifat ini menyerlahkan keperibadiannya yang ingin melihat Islam subur di bumi mesir.

tapi sayang, hari ini golongan anti Morsi sedang berpesta. sama lagaknya semasa jatuhnya kerajaan Hosni Mubarak dulu. campurtangan luar dari golongan sekular juga meraikan tumbangnya kerajaan pimpinan Morsi.

persoalan. apakah yang akan berlaku kepada mesir selepas ini?

trend rakyatnya yang meletakkan undang-undang di jalanan dianggap relevan jika ingin menukar kerajaan semakin menjadi-jadi. berlaku pertempuran dan pertumpahan darah diantara anti Morsi dan penyokongnya sehingga 50 orang telah terkorban.

jika arab spring yang pertama mendapat sokongan moral dari seluruh dunia Islam untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, adakah arab spring yang kedua ini turut mendapat sokongan yang sama?

walaupun punca kemaraan anti Morsi digerakkan kerana membantah piagam perlembagaannya yang baru serta dikatakan gagal dalam menangani masalah ekonomi, harus diingat mungkinkah ada tangan-tangan hitam yang mahukan Morsi disingkirkan kerana kelantangannya terhadap zionis?

barangkali kerana kesungguhannya membantu rakyat Palestin dan Syria yang tertindas serta mengecam penghapusan etnik Rohingya.

atau mungkin juga tindakan Islamiknya itu terlalu menyerlah sehingga menggugat ‘perpaduan’ diantara negara jirannya dengan kuasa besar dunia.

siapa sebenarnya yang mengarahkan Morsi digulingkan? siapa pengkhianat sebenar?

 

ddmk : mesir…oh..mesir..😦

2 responses to “pengkhianat terbesar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s