5 tips untuk expats baru di qatar

tahun lepas, ekspatriat British dan rakan-rakannya telah meninggalkan Qatar selepas dua tahun bertugas di sini.

dia memberitahu sesiapa sahaja bahawa dia bencikan budaya asing, jalan yang sangat sesak dan lebih dahsyat perangai pemandu yang buruk. juga dia menyatakan ‘nothing to do in doha’.

apabila dia disoal..ada penemuan yang menarik!

 ia menjadi jelas bahawa dia pada dasarnya telah menghabiskan dua tahun di doha dengan ‘bercuti’. hah…’bercuti’ sambil bekerja?

menurutnya dia tidak pernah keluar dari bandar doha, sentiasa mengambil peluang pulang ke UK setiap kali dia dapat, dan menghabiskan cuti hujung minggu di brunches mahal di hotel lima bintang. sambil meratapi kekurangan aktiviti-aktiviti lain yang ada di sini. ~ sumber:doha news.

seperti peribahasa ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum’.. dan di sini pula kita dah masuk ‘kandang pak arab’…jadi..kenalah pandai menyesuaikan diri, kalau tidak memang anda akan bosan dan tertekan.

expats british tersebut telah memburukkan tempat dia mendapat pendapatan yang lumayan. sedangkan di negara dia sendiri pun belum tentu dia lepak kat hotel 5 bintang setiap minggu ye tak?

namun sejujurnya tidaklah boleh dia dipersalahkan sepenuhnya. saya dah melalui rasa ‘nothing to do in doha’. setahun setengah saya dan suami melalui rutin yang sama setiap hari, setiap minggu, setiap bulan.

hujung minggu keluar ke villaggio atau city center. kalau rajin ke souq waqif.

makan-makan, window shopping (kadang-kadang terbabas jugak membeli..hehee), tengok movie dan bersiar-siar di pantai corniche. jika ada pasar malam di kedutaan..haaa…kira add on la tu. sebab boleh borong makanan malaysia.

setelah diberitahu adanya akaun facebook ‘Malaysians in Qatar’ oleh seorang rakan, barulah terang benderang mata melihat ramainya expats malaysian yang aktif ber’fb’. wahhh..tak sunyi dah hidup..hahaaa…

kenalan saya semakin bertambah. semuanya adalah surirumah. namun bukan calang-calang tu.

mereka kebanyakannya berniaga on-line. dari menjual tudung, kosmetik, vitamin, kek & pastri. dan segala yang tengah hit di malaysia akan dibawa masuk dan dijual di sini.  sebut saja apa yang hit…harum malam? kek cheese meleleh? aura white? inner magic? double stem cell? shaklee? semua ada di doha. keropok lekor dan ikan pekasam pun ado.

melalui mereka juga saya diperkenalkan dengan akaun facebook ‘Qatar Tourism Authority’.

rupa-rupanya di sinilah pelbagai aktiviti yang akan berlangsung diwar-warkan kepada umum. laaaa…baru tahu! aduhaiiii..setahun setengah kami ketinggalan!!!

sebelum ini jadual tahunan kami setakat ke perarakan Hari Kebangsaan pada setiap 18hb disember dan pertunjukan bunga api semasa sambutan hari kebangsaan.

kini hidup kami tambah berseri. semasa musim winter & spring lepas..kami sampai tak termampu nak jelajah setiap aktiviti yang ada. encik abang pun tak terdaya nak ke hulu hilir ikut program di doha ni.

jadi sebagai pengajarannya kita kenalah mencari keunikan negara yang kita hidup bermastautin. kalau tak kita yang rugi, kerana setiap negara ada keistimewaannya tersendiri.

jika sekadar datang ke sini untuk bekerja, makan & tidur dan kumpul duit, anda akan pulang ke malaysia dengan ‘pengalaman kosong’ tentang Qatar.

*5 tips yang boleh dipraktikkan. 

1. Sibukkan diri dengan hobi dan hadiri acara yang berlangsung hujung minggu;
2. Mencari kawan-kawan baru, kedua-dua ekspatriat dan tempatan;
3. Mengelakkan pulang ke negara asal anda terlalu kerap;
4. Belajar tentang budaya tempatan; 
5. Terokailah kawasan-kawasan lain selain doha. 

ddmk: sekian dulu…🙂

2 responses to “5 tips untuk expats baru di qatar

  1. salam puan, seronok membaca entri puan ttg qatar. tak lama lagi pun kami akan berhijrah ke sana. diharapkan dipermudahkan segalanya..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s