nasi arab paling sedap

IMG_6385

ok..kita stop entry yang lain. sekarang entry nasi arab yang paling sedap kat doha ni. bak ayat penyata yang lumrah disebut orang  ‘kena dengan selera dan anak tekak’. haaa..jom kita makan duluuuu…🙂

nasi mandy kambing disebelah kanan, nasi makhbos fillet ikan kerapu bakar disebelah kiri. salad dan salatah dok kat tengah. mangkuk kosong tu bekas sup dan sebelah kiri hujung ialah pencuci mulut si karamel yang lemak manis.

oh ya! tak lupa juga jus oren dan jus avocado yang pastinya pekat likat melekat pure tak campur air dan ais…

IMG_1365

IMG_2216

IMG_2217

IMG_2218

perahkan lemon secukup rasa…

IMG_2219

IMG_2224

restoren Afghan Brothers diperkenalkan oleh officemate suami. terletak di Salwa road.  di Wakra juga ada cawangannya.

sejak tinggal di doha kami dah cuba nasi arab iran, nasi arab jordan, nasi arab turki dan nasi arab damsyik. tetapi setelah pekena nasi arab afghanistan ni…fuhhhh..tak ingat lain dah..percayalah.

seperti kebanyakan restoren arab, tingkat atas adalah bahagian untuk keluarga. atau kalau kita datang berpasangan. jangan haraplah nak makan di sini kalau anda datang sorang-sorang ye..kalau sorang sila makan di tempat biasa.

memang privasi sungguh. boleh baring-baring. nak makan romantik-romantik..suap-suap..nak bersila, melunjur..ikut suka la..hahaaa..

sebab di bahagian keluarga kita makan dalam bilik.

IMG_2220

IMG_2231

IMG_2233

IMG_2234

nampak tu…boleh charge bateri handphone, ipad, netbook dan seangkatan dengannya. kusyen tu bukan takat tempat bersandar, nak buat bantal pun boleh..kot-kot la nak rehat lepas makan sambil minum kopi arab pulak kan..

IMG_6381

harganya berpatutan dengan sama banyaknya nasi. untuk satu hidangan hanya 35riyal, 45riyal dan semakin mahal bergantung kepada pilihan kita. salad dan sup diberikan percuma. berbaloilah.

ddmk: tengok saiz hidangannya? memang tak abis..tapau je la sambung makan kat rumah.

2 responses to “nasi arab paling sedap

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s