Qatar Spring Festival 2014

DSC_2951

tahun lepas dah ketinggalan jadi tahun ni kami tak lepaskan peluang. sambutan spring festival diadakan di souq waqif. bermula pada 24hb januari sehingga 6hb febuari.

parking di souq waqif memang akan sesak setiap kali ada acara, jadi kami keluar lewat asar dengan harapan banyak la kosong. dan? huh…penuh  dah..rupa-rupanya orang mula membanjiri souq lebih awal daripada kami.

seawal pukul 4 petang pelbagai acara bermula. sempatlah juga tengok pak arab seperti gambar di atas tu berarak.

semasa magrhib semua acara dihentikan dan disambung selepas satu jam kemudian.

inilah kali pertama kami menyaksikan pelbagai pertunjukan serentak. serentak? aiwa…serentak!

ada 3 pentas pertunjukan. 1 untuk tarian dan nyanyian tradisional, 1 untuk muzik moden dan 1 untuk acara kanak-kanak.

mana satu nak tengok? kami memilih tradisional. dapatlah dengar alunan muzik arab. disamping itu ada pula acara selingan yang dibuat di jalanan sekitar souq.

yang ni pun satu hal…semua acara berlangsung serentak. aduhaiiii…mana nak kejar tengok di hujung souq dan di bahagian tengah souq.

dengan keluasan souq waqif…dan ada acara semestinya pengunjung ramai. jadi penganjur bertindak bijak dengan melakukan semuanya pada masa yang sama supaya tumpuan tidak terarah di satu lokasi. kalau tak pasti sesak nafas dibuatnya.

tak perlu cerita panjang lagi..ayuh tengok!


DSC_2963

DSC_2968

DSC_2975

DSC_2978

DSC_2989

DSC_2991

DSC_3002

~ makcik pun nak buat show jugak ni..

DSC_3036

DSC_3037

DSC_3046

~ luaskan pengetahuan. pengantin lelaki arab ada malam berinai. gambar menunjukkan majlis berinai bagi pengantin lelaki. pengantin diarak dengan paluan gendang dengan semerbak wangian.

DSC_3052

DSC_3055

~ sambil yang lain menari ikut alunan rebana dan nyanyian, pengantin duduk sambil diinaikan oleh seorang lelaki lain.

DSC_3061

DSC_3065

sekadar inilah gambar yang diambil oleh encik suami. selebihnya berlangsung di kawasan lain. tak terlangkah kaki nak berkejar ke sana sini. apapun pilihan kami ke pentas tradisional ini memang tepat. setuju?

ddmk: walaupun acara berinai tu hanya pertunjukan, tapi ‘pengantin lelaki’ tersenyum-senyum tersimpul malu..alahaiii..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s