Souq Waqif Celebration 2014

bayangkan anda berada di tapak pesta yang menyajikan pelbagai pertunjukan yang membuatkan anda terpegun, kagum dan terpesona…

dengan diiringi suara penyanyi yang melantunkan irama padang pasir…dan angin malam penghujung winter yang sejuk berlalu lembut di wajah….itulah kemeriahannya di souq waqif.

dan semuanya adalah percuma!

tidak dapat saya pastikan apakah yang diraikan dengan souq waqif celebration ini, sebab tak ada pula maklumat lanjut tentang latar belakang sambutannya. makluman yang ada hanyalah jadual penuh program yang akan dibuat.

jadi pada hemat saya ianya sambutan ulang tahun souq waqif…untuk yang ke berapa tahun? hmm..tak dapat pula maklumatnya.

souq waqif celebration bermula pada 10hb sehingga 18hb april yang lepas. seminggu penuh dengan acara untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga.

menyaksikan pesta kali ini berbeza. suami saya tak berapa sihat. jadi tak dapatlah nak jelajah souq seperti sebelum ni. kami hanya duduk di sebuah cafe. order shawarma sosej pilihan saya dan shawarma ayam pilihan suami.

yang seronoknya di cafe tu…air ais lemon tea boleh refill…wahh..wahhhh…apalagi kan..’waiter..please..tq’. ayat tu lah dok ulang-ulang sampai puas minum dari makan!

~ sambil menikmati shawarma melintas kakak rama-rama..

DSC_3710

DSC_3711

DSC_3712

DSC_3714

~ kemudian robot dari planet ET datang..

DSC_3716

DSC_3717

DSC_3729

DSC_3731

~ tiba-tiba chef ni sesat..berlalu depan kami..

DSC_3732

DSC_3734

DSC_3736

DSC_3738

DSC_3745

~ lepas tu family cermin pulak datang cari anak dia..

DSC_3747

DSC_3748

DSC_3749

itulah takdirnya. walaupun sekadar duduk dan makan di sebuah cafe…tak sangka yang lalu lalang tu semuanya menghiburkan.

p/s: tak sempat ke pentas tengok makcik arab menari berlenggang bawak cangkui.

ddmk: sekarang dah masuk summer..paneh.

One response to “Souq Waqif Celebration 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s