Kalendar aktiviti di doha

ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca budiman yang mengikuti cetus rasa kisah saya di qatar. inilah yang memberi semangat untuk terus buat posting tentang hidup di sini.

jika sebelum ini blog dohadimataku diikuti oleh keluarga dan sahabat saja tetapi kini adanya pembaca sejauh dari Greece hingga ke Indonesia…dari Kajang hingga ke Alor Setar…dari Jordan hingga ke India. alhamdulillah..terima kasih! syukran jiddan jiddan🙂

dengan respon yang baik daripada saudara mohd fahmi, dr. lyna, hanna, aisyah dan lain-lain figura, saya berikan tips jika ada di kalangan pembaca yang sudah mengintai untuk hadir di sini.

Qatar bukanlah negara yang menjual produk pelancongan yang hebat seperti Dubai, Paris dan Hong Kong. kalau ada yang tanya apa yang menarik di doha? terkadang kelu lidah nak menjawab.

di sini tiada yang mencapai taraf dunia untuk ditonjolkan. tiada bangunan tertinggi, zoo terbesar, aquarium terbesar, kota membeli belah berprestij atau taman tema yang gah.

buat masa ini banyak projek mega masih dalam pembinaan. bila siap kelak akan menjadi ikon terbaru yang sangat moden dan mengagumkan.

tetapi bukanlah bermakna melancong ke sini sekarang adalah kunjungan yang sia-sia. bagi peminat koleksi bahan sejarah Museum of Islamic Art dan National Museum of Qatar sedia menanti.

di Katara The Cultural Village menyajikan banyak bahan seni lukis, muzik dan arca.

jika ingin mendayung gondola dan melihat keindahan seperti di Venice silalah ke Villagio.

ingin berlibur di pantai? cantik biru kehijauan lautnya, putih mulus pasirnya..anda boleh ke Sealine. fully recommended!

peminat aktiviti lasak jangan lupa ya mencuba dune bashing dan bermalam di khemah badwi di tengah padang pasir dengan hidangan bbq.

pihak kementerian pelancongan sedang gigih berusaha menganjurkan pelbagai acara untuk menarik para pelancong. deretan aktiviti sepanjang tahun telah dirancang. diantaranya:-

Porto Arabia Esplanade.

Qatar International Boat Show 2014.

Kite Course Racing.

Arabian Horse Exhibition.

Dune Bashing.

~ dan lagi..dan lagi..dan lagi…sila lihat di sini

~ laman ini juga boleh membantu sila klik di sini

bagi kenalan di doha jom kita dine in the dark di hotel Oryx Rotana atau esok bawa anak-anak ke Educational Breakfast di souq waqif.🙂

ddmk: sangat disyorkan kunjungilah doha di kala musim sejuk. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s