jpj oh jpj..

isu nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi, lampu HID dan lampu strobe serta cermin gelap bukanlah baru-baru ini hangat diperkatakan.

sudah bertahun isu panas ini menjadi ‘kebencian’ sesetengah pengguna kenderaan di malaysia terhadap jpj.

namun kali ini dengan adanya ‘golongan pemanas’ yang menggunakan kenyataan jpj yang di copy paste sekerat-sekerat hingga meninggalkan maksud asal dan disebarkan melalui applikasi pantas facebook, whatapp dan wechat, jpj dilihat semakin tertekan.

jpj seperti tidak berdaya untuk menjawap segala tuduhan. hingga akhirnya menteri pengangkutan memberi arahan untuk menangguhkan operasi nombor plat yang sedang giat dijalankan. sila baca  di sini

jika kementerian pengangkutan tidak mencari alternatif menguatkuasakan undang-undang tersebut, jpj akan terus dihentam, dihina dan tidak mustahil ‘diludahkan’ oleh orang ramai.

sedangkan ada logiknya jika nombor plat kenderaan terlalu rapat, ia mungkin nampak gah di kenderaan mewah dan terserlah anggunnya di kenderaan yang di ubahsuai.

tetapi ia juga memberi peluang kepada pelaku jenayah menyukarkan orang ramai untuk melaporkan nombor tersebut. sudah pastinya penjenayah akan gunakan nombor plat palsu, maksud lain di sini ialah jika kes langgar lari dan memandu dengan merbahayakan keselamatan awam.

begitu juga penggunaan cermin tinted yang terlalu gelap. pernah berlaku kes rogol di dalam kenderaan tanpa disedari oleh orang lain.

di qatar, Traffic Department di bawah Ministry of Interior adalah satu-satunya agensi yang bertanggungjawab dalam urusan kenderaan.

setiap kenderaan di sini wajib berdaftar dengan kementerian sebelum dibenarkan dipandu di jalan raya. HANYA pihak kementerian sahaja yang mengeluarkan nombor plat.

adalah menjadi kesalahan berat jika menukar nombor plat kereta sesuka hati.

lagipun nak buat dimana? tiada satu pun kedai aksesori kereta di doha yang jual nombor plat!!

begitu juga anda takkan jumpa cermin tinted yang terlalu gelap di kedai aksesori. lampu strobe yang menyilaukan mata?

hmmm…kita akan terlebih silau melihat kilatnya Maserati, Bentley, Rolls Royce dan Camaro yang bersepah di jalan raya.

sejak 2 tahun lepas Traffic Department telah mengeluarkan nombor plat yang baharu. nombor plat beserta cip. aiwa! cip yang akan merekodkan setiap kesalahan kenderaan.

jika kita melanggar lampu isyarat dan membawa melebihi had laju, secara automatik dapat saman. setiap satu kesalahan dendanya bukanlah 300 riyal, tapi boleh mencecah 3000 riyal.

pengguatkuasaan sebegini harus dicontohi oleh jpj malaysia. buatlah undang-undang tegas agar tidak diperkotak katikkan lagi di masa akan datang.

ddmk: pengunaan Aes di doha dah lama dibuat.😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s