cadangan diterima!

Cadangan Hanya JPJ keluarkan nombor plat.

Elakkan pemilik kenderaan langgar undang-undang.

AB. AZIZ KAPRAWI

BATU PAHAT 14 Nov. – Kementerian Pengangkutan bercadang menjadikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai agensi tunggal yang diberikan kuasa mengeluarkan nombor plat kenderaan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya akan mengkaji semula pelaksanaan itu agar semua kenderaan menggunakan nombor plat yang seragam meliputi jenis dan saiz.

Menurutnya, langkah tersebut bertujuan untuk mengelak pemilik kenderaan menggunakan nombor plat yang pelbagai sehingga melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Ketika ini, pemilik kenderaan dibenarkan membuat nombor plat sendiri sehingga ada segelintirnya menyalahgunakan kelebihan itu dengan menggunakan huruf dan nombor yang bersambung. Tindakan itu turut menyukarkan pihak berkuasa lain melaksanakan tugas penguatkuasaan kerana terdapat kekeliruan ketika mengesan nombor plat yang pelbagai,” katanya selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Sri Gading, di sini hari ini.

Ab. Aziz berkata, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, langkah berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat supaya hanya JPJ yang mengeluarkan nombor plat kenderaan.

“Kaedah ini telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Singapura dan Indonesia yang menggunakan nombor plat seragam tanpa bentuk yang pelbagai.

“Selain itu, kepelbagaian nombor plat yang digunakan pemilik di negara ini menyebabkan mereka gagal diambil tindakan sekiranya melanggar had laju atau lampu merah,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut akan mengkaji semula kaedah dan tatacara pelaksanaan penguatkuasaan serta operasi JPJ supaya dijalankan secara berhemah, teratur dan tidak menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Kajian ini penting bagi memastikan kelancaran lalu lintas tidak terhalang selain pengguna jalan raya pula tidak terperangkap dalam kesesakan akibat operasi penguatkuasaan yang dijalankan,” katanya.

~ sumber :Utusan Online

cadangan saya dalam isu berkaitan dibuat awal 12 jam dari artikel Utusan ini. sila baca entry jpj oh jpj..

buat pak menteri usah buang masa untuk mengkaji. jika negara lain sudah melaksanakannya kita bila lagi?

ddmk: melihat dari jauh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: