cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 1)

awal bulan april lalu kami sepakat ambil short vacation. semuanya gara-gara abe matt dah stress sangat di tempat kerja. tahap tak boleh dipendam lagi dah…tak boleh cool down, katanya mesti keluar dari doha!

kami memilih ke kepulauan Maldives setelah terpesona melihat gambar-gambar percutian di facebook seorang kenalan.

perjalanan dimulakan dengan flight dari doha ke colombo yang mengambil masa selama 4 jam 30 minit. transit sekejap di colombo dan kemudian meneruskan perjalanan dengan flight dari colombo ke male selama 1 jam 30 minit.

sampai sahaja di airport male, suasananya saling tak ubah seperti di jeti Langkawi. berderet kiosk-kiosk resort yang setia menunggu pelanggan mereka.

sama ada tempahan telah dibuat atau belum, agen-agen resort akan memastikan anda dapat tempat menginap di maldives.

airport male yang terletak bersebelahan dengan jeti adalah tempat bagi pihak resort menjemput pelanggannya. semua pelancong mestilah meneruskan perjalanan dengan menaiki bot untuk ke resort masing-masing.

jangan risau ye agen resort akan guide kita sampai ke bot, so kita takkan sesat ke pulau lain.

jangkaan kami, di maldives terdapat beberapa resort dalam satu pulau. rupanya tidak! setiap satu pulau di maldives adalah milik satu resort.

bayangkanlah ada beratus pulau di maldives dan beratus resort menanti kehadiran pelancong.

anda boleh pilih resort mengikut rankingnya. dari penarafan 4 bintang hinggalah ke 7 bintang,

abe matt membuat pilihan menginap di Bandos Island Resort. dan…tu diaaaa…bot kami dah sampai.🙂

~ naik bot selama 30 minit untuk ke resort. subhanallah..terpesona melihat birunya air laut.

~ dari kejauhan inilah jeti resort pilihan kami.

 

~ dapat air ‘selamat datang’ sementara urusan check in.

~ melihat birunya langit maldives, pantainya yang putih bersih, jernihnya air laut di depan mata sendiri..hmmm..speechless!

~ melancong di luar doha tak pernah rasa makanan sesedap ini. sejujurnya..memang sangat puas hati dan Halal.

~ papantanda aktiviti.

hari yang panjang. jauh perjalanan nak sampai ke sini. tapi langsung tak memenatkan malah membahagiakan. stress abe matt pun hilang dibawa tiupan angin ke lautan hindi. hehee..

ddmk: dapat ku genggam pasirmu maldives!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s