cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 2)

selepas sarapan, kami ke conciarge untuk merancang aktiviti sepanjang cuti. ada aktiviti yang berbayar dan ada yang percuma.

aktiviti pertama pilihan kami ialah Submarine. masuk ke dalam kapal selam dan dive sedalam 100 meter untuk melihat hidupan marin dalam laut. erkss…kapal selam?

~ inilah bentuknya kapal selam untuk pelancong. bayangkanlah pintu masuknya melalui bumbung. ngam-ngam muat satu badan.

~ suasana dalam kapal selam agak mendebarkan. maklumlah…kali pertama berada di dalam laut. cuak jugak hati kalau berlaku sesuatu.

~ setelah pembantu kapal selam buat demo cara-cara memakai topeng oksigen sekiranya berlaku kecemasan, barulah lega sedikit. ada plan keselamatan yang menyakinkan.

~ terdapat 15 tempat duduk di bahagian kiri, dan 15 di bahagian kanan. tingkap yang besar memudahkan kami melihat ke luar.

~ sedang kami asyik melihat ikan yang berwarna-warni, surprised dari syarikat pelancongan…acara bagi makan ikan. dua orang divers mengelilingi kapal selam sambil dikerumuni ikan sebesar peha!

satu jam berada di dalam laut. kami umpamakannya seolah berada di dalam aquarium bergerak. kita dapat melihat batu karang yang besarnya bagai sebuah rumah banglo 3 tingkat. ikan yang pelbagai bentuk dan warna. belut sebesar lengan.

kapal selam mula bergerak perlahan meninggalkan taman laut. ahh…tak puas rasanya..

kembali ke resort dan berehat 30 minit. aktiviti kedua ialah Big Game Fishing. memancing di laut lepas.

bukannya di pesisir pantai tau. tapi di tengah lautan yang bergelora. terhuyung hayang kami dibuatnya. sedikit demi sedikit mula mabuk laut. ya Allah..baru tahu penangan mabuk laut tu macam mana…gulppp..😛

DSC_3484

dalam tempoh 30 minit, rakan memancing yang lain mula bersorak. seorang demi seorang dapat ikan. riuh rendah hilaian ketawa memecah kesunyian malam. ternyata pandai juragan cari lubuk ikan.

akhirnya dalam keadaaan mabuk laut yang tak tertahan-tahan (tekak dah kembang..tunggu masa nak muntah) barulah tali pancing kami disambar ikan…hahaaa…

punyalah happy macam dapat ikan merlin…walaupun hakikatnya dapat ikan besar tapak tangan je..

selesai memancing, kami dipelawa makan malam di restoren. ikan-ikan yang dipancing tadi dimasak oleh chef dan diberi percuma kepada kami. sama ada dalam trip tadi ada yang dapat ikan ataupun tidak…semuanya dijemput makan. so generous!

ikan hasil tangkapan kami tidak dimasak sembarangan, bukan hanya dipanggang ditabur garam dan lada hitam. juga bukan digoreng dengan kunyit dan garam.

manisnya isi ikan yang fresh dan harum bau rencahnya menambat selera. terima kasih chef masakkan dengan secukup rasa.

ddmk: first and last joined fishing trip. mabuk laut..uwekkk..!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s