cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 3)

hari seterusnya kami mengikuti Sunset & Dolphin Cruise. haaaaa…operasi mencari dolphin!

bab sunset tu dah selalu tengokkan…tapi bab dolphin tu yang rare.

pukul 4.45 petang semua pelancong dikehendaki berkumpul di jeti. tepat pukul 5 petang bot laju yang membawa pelancong dari pelbagai negara memulakan perjalanan bergerak menuju ke kawasan yang menjadi laluan dolphin.

tak kira bangsa dan bahasa, semuanya tak sabar untuk melihat dolphin. cukuplah bahasa tubuh yang mudah difahami…kami teruja!

~ walaupun disediakan tempat duduk di dalam bot, semua pelancong memilih untuk berada di bahagian hadapan bot. kena pegang kuat-kuat ni…kalau jatuh berenang sendiri..heheee..

menurut petugas resort, peluang untuk melihat dolphin bergantung kepada cuaca dan keinginan dolphin itu sendiri. jika cuaca kurang baik atau dolphin tak mahu menonjolkan diri, memang pencarian satu usaha yang sia-sia.

hampir 45 minit bot berlegar-legar di permukaan laut, masih belum nampak bayang ikannya. dalam hati berdoa, memohon kepada Allah Yang Maha Pengasih..hadirkanlah ikan lagenda itu di hadapan kami.

sementara itu ada pelancong bersiul-siulan untuk menarik perhatian ikan. ada yang melaungkan, ‘please..please dolphin come to me…’ hahaaa.. tak kisah apa kaedahnya, tujuannya hanya satu.

~ dengan izin Allah, semasa kami hampir pasrah, muncullah 2 ekor dolphin bersebelahan bot! alhamdulillahhhhh..

~ seekor demi seekor mula timbul. dolphin bergerak dalam kawanan yang saya anggarkan ada 15 atau 20 ekor.

dikenali sebagai haiwan yang mudah jinak, dolphin yang datang mula menunjukkan aksi akrobat. melompat di permukaan air dan pusingkan badannya 360 darjah, melonjakkan badan setinggi yang boleh ke udara dan menjunam semula ke laut.

berenang-renang menyilang di kiri dan kanan bot…membuatkan kami semua menjerit keriangan.🙂

~ aksi kawanan dolphin tersebut diulang berkali-kali. seolah-olah mereka meraikan kehadiran kami di tempatnya.

melihat dolphin di habitat asalnya adalah pengalaman yang tidak ternilai. inilah pengalaman manis yang akan dikenang seumur hidup.

bersaksikan panorama matahari yang hampir tenggelam, mereka meneruskan perjalanan merentas air yang membiru..dan perlahan-lahan hilang dari pandangan mata.

dolphin…terima kasih!!

ddmk: di luar kebiasaan..melihat langit senja yang bergulung. unik atau aneh?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s