cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 4)

kehadiran secara spontan di sini tanpa membuat sebarang homework tentang adat resam budaya masyarakat maldives, membuatkan kami tidak melepaskan peluang keemasan apabila pihak resort menganjurkan malam kebudayaan.

kami diantara pengunjung terawal sampai di pentas acara. memilih tempat duduk yang paling strategik dan memastikan tiada halangan pandangan.

belum pun persembahan dimulakan, kami terkasima melihat penari kebudayaan wanita yang berpakaian seperti wanita melayu. memakai baju kurung moden dan kain labuh terbelah di belakang.

DSC_3517

tambah mengejutkan lagi bila muzik mula bergema, alun iramanya ada elemen muzik masyarakat melayu dan india. gerak tarinya sedikit sebanyak menerima suntikan daripada tanah arab.

gelek pinggul dan menggoyangkan bahu menjadi gerakan wajib dalam setiap tariannya.

jika di malaysia ada tarian lilin dan tarian piring yang menampilkan lilin dan piring sebagai subjek utama, di sini mereka juga turut mempunyai keunikan yang tersendiri.

tampi beras, tamborin, belanga, krocet dan batang buluh membawa makna dalam setiap tarian.

Bandiyaa Jehun dan Bolimalaafath Neshun adalah antara tarian tradisional yang popular di kalangan penduduk maldives.

persembahan berikutnya diteruskan apabila kumpulan Boduberu mula mengambil tempat. Boduberu adalah muzik tradisional yang hanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja.

nyanyian diiringi dengan paluan gendang dan tamborin. penyanyi utama menyanyi dahulu dan akan diulang oleh ahli kumpulan yang lain. semakin laju tempo iramanya semakin rancak mereka menyanyi.

konsepnya sama seperti dikir barat dan boria. keunikan boduberu semakin terserlah apabila beberapa ahli kumpulan akan menari untuk menggamatkan suasana.

ada tarian yang lemah gemalai, ada yang seakan-akan tarian zapin, ada yang seperti joget lambak dan juga tarian india. ianya terpulang mengikut citarasa penari.

DSC_3516

DSC_3557

bagi anda yang berminat untuk mengenali tarian kebudayaan maldives, saya syorkan untuk melihat video berikut. walaupun bukanlah seasli tarian asal, ianya tidak mengecewakan.

rugi tak tengok tau. sebab tarian ini sudah sampai ke malaysia. ditarikan oleh pelajar Universiti Lim Kok Wing.

boduberu yang telah menjadi budaya sejak berkurun lamanya menjadi kemestian dalam majlis istimewa seperti sambutan perayaan, majlis perkahwinan dan acara hiburan.

setiap tahun akan berlangsung pertandingan boduberu. ada yang berentak perlahan dan kadangkala pantas. jika anda ingin mendengarnya, inilah kumpulan Faruma, Juara Boduberu 2014.

ddmk: moga terhibur🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s