cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. Akhir)

Agama.

Maldives sebuah negara Islam yang menghormati kepelbagaian beragama tetapi menjaga dengan penuh tegas agar tiada usaha mengembangkan agama lain selain Islam di negaranya.

ini telah diwartakan oleh pemerintah melalui nota yang diedarkan kepada semua pelancong yang ingin datang ke Maldives di airport Colombo, Sri Lanka.

apabila kami tiba di airport Male, ada bunting pemberitahuan khas untuk pelancong daripada negara China. tertulis ayat ‘sorry no pork serving’. ini menggambarkan tidak ada langsung makanan yang berasaskan sumber tersebut di seluruh maldives.

setelah sampai di resort pula, di setiap chalet dititipkan didalam buku panduan agar semua pelancong memakai pakaian yang menutupi dada hingga ke paras lutut jika ingin membuat lawatan ke kawasan pulau bagi menjaga sensitiviti penduduk.

Makanan

nikmatnya menikmati hidangan makanan di pulau Bandos memberikan kejutan. semua makanan yang dipesan disajikan dengan begitu baik dan sangatlah sedap.

walaupun memesan menu yang sama di hari yang berlainan, keunikan rasa rempah ratus dan aromanya sentiasa mencapai standard yang cemerlang.

sejujurnya bagi pandangan peribadi, inilah yang terbaik. tidak setanding dengan makanan di qatar, dubai dan malaysia. adunan dan olahan rempahnya seumpana gabungan dari timur dan timur tengah.

jangan ragu-ragu untuk mencuba setiap makanannya jika anda ke sini.

Aktiviti sepanjang percutian

setiap resort menyediakan banyak aktiviti yang menarik. bagi aktiviti yang perlu keluar dari pulau ada bayaran yang dikenakan. contohnya seperti big fishing, sunset and dolphin cruise, submarinescuba diving dan sailing.

manakala aktiviti santai seperti malam kebudayaan, live band, kelas yoga dan acara kanak-kanak adalah percuma.

pengalaman mencari dolphin di lautan luas adalah kenangan paling berharga seumur hidup. sebelum ini hanya melihat dolphin di aquarium, namun apabila berdepan dengannya di habitat asal…ohh indahnya pertemuan itu!

suasana di dalam kapal selam yang suram menyelam hingga ke dasar lautan semata-mata untuk mencari kawanan hidupan marin sama ‘kelamnya’ buat kami.

maklumlah…kami berada hampir 100 meter di dalam laut. terdetik juga dihati kalaulah berlaku sesuatu!

cintaku tertumpah di maldives apabila menyaksikan keindahan panoramanya yang selama ini hanya dilihat di gambar kaku telah hadir di hadapan mata.

menghabiskan kebanyakan masa di tepian pantainya walaupun hanya berbaring di bawah rimbunan pokok, cukup mendamaikan.

tidak perlu langsung memikirkan jam-jam yang akan berlalu. lelapkanlah mata dan tidurlah…

ketika kami berenang, ikan-ikan jinak yang berwarna warni mula mengelilingi seolah datang untuk meneman. bersnorkeling di taman lautnya melewati kawasan batu karang membuatkan jiwa dan raga rasa tertawan.

anugerah Allah yang dicurahkan di bumi maldives tidaklah dapat di gambarkan senilainya dengan karangan kata-kata.

apalah lagi yang boleh kami ungkapkan. selamat tinggal laut yang biru..

hingga ketemu dilain waktu.

ddmk: ehemm…next? 

2 responses to “cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. Akhir)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s