2015

bersua kembali kita di tahun yang berbeza pada angkanya, berubah sebutan nahunya namun tidaklah pula mengubah diri kita sendiri, melainkan perubahan itu ke arah yang lebih baik daripada tahun lepas.

pastinya tahun ini sangat mencabar bagi pembaca yang mempunyai rancangan hebat. begitu juga bagi yang sibuk merancang hari bahagia, bagi pelajar yang berhadapan dengan peperiksaan penting dan bagi yang bekerjaya jadualnya sudah padat dengan kepelbagaian perancangan sepanjang tahun.

walau apapun impian anda, saya doakan semoga semuanya akan terlaksana dan berjalan dengan lancar. semoga Allah permudahkan setiap urusan dan memberkati setiap langkah yang baik.

berusahalah ke arah kebaikan yang lebih memberi makna kepada hidup kita yang semakin menyusut waktunya ini dan berazamlah untuk menyantuni insan-insan tersayang. kerana tanpa mereka diri kita akan terasa kosong dan sunyi.

janganlah hanya bercita-cita untuk mencari kesenangan hidup di dunia sahaja, mengejar kemewahan yang tiada sempadannya…tetapi imbangilah ia dengan dengan melunaskan tanggungjawab anda kepada diri, kepada keluarga, kepada agama, kepada negara.

dengan tragedi yang menimpa tanahair sepanjang tahun lepas, dari awal tahun hinggalah ke penghujung tahun sudah memberi signal bahawa kita tidak lagi berada dalam zon selesa.

kehilangan nyawa dalam skala yang besar, tsunami bencana alam yang memusnahkan harta benda sekelip mata, suhu dunia yang mula berubah dari kebiasaannya dan keadaan ekonomi dunia yang tidak mampan seharusnya menjadi turning point untuk kita meletakkan diri dalam keadaan berwaspada.

buatlah tindakan yang bijak untuk memastikan diri dan keluarga dalam keadaan yang selamat, kedudukan kewangan yang stabil dijaga dengan berhemah tanpa boros dan mempunyai pelan kecemasan jika berlaku sesuatu diluar jangkaan.

kelangsungan hidup perlu diteruskan. perjuangan untuk tahun tahun mendatang sentiasa memberikan cabaran yang berbagai bentuk dan rupa tetapi…

ingatlah…setiap hela nafas adalah milik pencipta dunia ini, kepada Dia kita pohonkan.

ddmk: setahun ku rasa sebulan..

2 responses to “2015

  1. Assalamualaikom akak..sye brminat nk blajar di qatar university dlm bidang syariah..akak n kwn2 akak tau x cmne care nk blajar degree di sane?? Mnx tlg sgt3,thanks ☺

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s