teknikal atau sabotaj?

aduhaiiiii…buat kesekian kalinya saya terpaksa upload kembali gambar-gambar percutian di Maldives.

semenjak entry cintaku tertumpah di maldives (bhg. 5) yang disiapkan pada 30hb november lepas, gambar dalam entry tersebut akan hilang dalam masa 2 atau 3 hari. ianya kisah spa di resort.

begitu juga entry bahagian 1 tentang Bandos Island dan bahagian 3 pengalaman mencari dolphin.

sedangkan entry bahagian 2 dan bahagian 4 tiada masalah. tak pernah langsung gambarnya hilang.

masalah ini diajukan kepada admin wordpress.com dan balasannya adalah, jika copy paste gambar daripada sumber di internet saya perlukan kebenaran pemiliknya terlebih dahulu.

untuk makluman, gambar dalam entry bahagian 1 hingga 5 adalah milik penulis…tak ada langsung cilok hak orang. begitu juga gambar percutian di dubai dan tempat lain. semuanya eksklusif hak milik peribadi.

entah macam mana….apa sebabnya hilang?

akhirnya saya terpaksa upload dan upload dan upload gambar setiap minggu agar pembaca tidak melihat entry yang kosong.😥

menerjah difikiran kenapa hanya gambar suasana di spa sentiasa hilang? begitu juga gambar aktiviti resort yang berjaya menjejak kawanan dolphin?

adakah ianya sabotaj daripada pihak tertentu? supaya saya tidak mengangkat keistimewaan Bandos Island Resort? atau barangkali memang berlaku masalah teknikal dalam blog.

malam ini entah kali yang berapa update entry maldives. kali yang ke 15, mungkin juga buat kali yang ke 25. hmmm..sampai bilalah masalah ini akan berlaku.

semua sedia maklum blog ini bukanlah profit oriented pun, mengapa diganggu?

jika ada di kalangan pembaca yang boleh membantu diharap tolonglah hubungi saya. tak larat dah rasanya nak update entry yang sama berulang-ulang sejak bulan november tahun lalu.

ddmk: speechless..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s