di sini rezekinya

kembali bersua. saya mendoakan semoga pembaca yang budiman dilingkari kebahagiaan yang berwarna warni didalam bulan syawal yang mulia lagi diberkati.

inilah tempoh masa yang paling lama tidak menulis. akan saya beritakan pada entry yang berikutnya nanti.

saya terpanggil untuk update tentang new comers ke doha dan perkara yang tak bestnyer kat sini..oppsss..

~ bagi new comers, ahlan wasahlan..marhabann..marhabannn.. di sinilah rezeki anda Allah swt telah tetapkan. alhamdulillah, saya turut gembira dengan kehadiran ini. mana tahu mungkin kita akan bersua dengan izinNya.

jangan lupa untuk join facebook Malaysians In Qatar. di situ segala pertanyaan dan permasalahan anda akan dijawab oleh komuniti kita yang sedia membantu dengan ikhlas.

juga ikuti laman http://www.onqatar.qa/en-us/events.aspx untuk mengetahui events yang akan berlangsung.

dan sebagai tambahannya juga jenguklah laman http://www.qatartourism.gov.qa/

saya turut mencadangkan anda berdaftar dengan kedutaan Malaysia. ini sangat penting bagi memaklumkan keberadaan anda di sini.

pendaftaran adalah percuma. hanya perlu mengisi borang, sediakan gambar berukuran pasport dan bawa sekali pasport asal ke kedutaan.

maklumat lanjut disini > http://www.kln.gov.my/web/qat_doha/home

~ sementara bagi anda yang tengah berkira-kira membuat penilaian untuk datang, saya rasa laman ini banyak membantu.

sila layari > http://www.expatwoman.com/qatar/

dan laman ini juga > http://www.qatarliving.com/

ambillah masa untuk menafsir dan mengkaji kesesuaiannya dengan keperluan anda ye..

~ berikutan ‘komplen’ dari pembaca yang menyatakan blog ini memaparkan hanya yang baik-baik dan manis-manis sahaja hidup di doha, takkanlah tak ada situasi berlawanannya?

sebenarnya ada entry yang berkaitan iaitu ‘sisi hitam dan putih masyarakat arab’ dan ‘disebabkan sekeping nota, kami ditendang macam bola’. pembaca bolehlah membuat cariannya di laman utama.

mungkin disebabkan 4 tahun bermastautin, segala pahit manis telah diharungi maka kami terbiasa dengan suasana dan budayanya. hingga menjadi agak sukar untuk menyatakan perkara yang kurang enak tentang kehidupan di doha.

pengalaman bagi setiap orang di sini tidak sama. dan bukanlah menafikan tiada kelemahannya tinggal di Qatar cuma dari sudut pandangan kami, kebahagiaan yang dicari ada di sini.

almaklumlah di tempat kita sendiri pun bukan semuanya terhidang benda yang baik, perkara positif dan negatif tu sentiasa ada di mana-mana. jadi terpulanglah kepada penerimaan kita bagaimana nak sesuaikan diri dengan kehidupan di luar negara.

alah bisa tegal biasa..🙂

ddmk: semoga info ini bermanfaat..insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s