musim ‘berkurung’ dalam rumah a.k.a makan dan tidur

Photo for illustrative purposes only.

sejak bulan mei menjengah bermulalah musim panas membahang. bila berada di luar rumah angin panas yang bertiup terasa menggigit sampai ke kulit.

kini suhu siang diantara 45C – 48C dan malam 40C – 42C. dan di beberapa tempat suhu mencecah hingga 50C.

kalau jemur baju basuhan tu rasanya hanya memerlukan masa 2 jam sahaja dah kering.

aircond menjadi satu keperluan wajib. setiap rumah tiada kipas siling yang tergantung, tetapi mesti ada aircond. waktu beginilah aircond 24 jam non-stop working.

bagi tujuan keselamatan, saya selang selikan penggunaan aircond kat rumah. hari siang on aircond kat ruang tamu dan off aircond dalam bilik. bila malam on dalam bilik pulak dan off kat ruang tamu.

tetapi kalau panas jugak membahang terpaksalah gunakan semuanya. cuma setiap unit tu saya pastikan takkan melebihi 18 jam terpasang.

sebelum ini ada kes rumah terbakar yang disebabkan berlaku litar pintas kerana aircond yang ‘dipaksa’ beroperasi melebihi 24 jam, mujurlah seisi keluarga tersebut berjaya menyelamatkan diri.

dalam mengharungi keadaan panas sebegini tak banyak yang boleh dibuat. semua orang seolah bertapa kat rumah. nak keluar hujung minggu pun tiada tempat nak dituju, selain bertumpu memenuhi shopping mall.

bagi mereka yang terdedah kepada cuaca panas seperti pekerja di sektor pembinaan, pihak berkuasa telah melaksanakan larangan bekerja pada waktu puncak.

jika ada majikan yang memaksa mereka bekerja pada waktu panas yang tinggi, pihak berkuasa akan mengambil tindakan dengan menutup operasi tapak projek berkenaan buat sementara waktu.

tindakan tegas tersebut bukan sahaja untuk menjaga kesihatan pekerja, tetapi untuk menghalang berlakunya strok haba yang boleh menyebabkan kematian.

sementara itu kementerian kesihatan mengesyorkan minum air masak sekurang-kurangnya 11 gelas sehari atau lebih lagi baik untuk memastikan tidak berlakunya dehidrasi.

mei, jun, julai, ogos…hmmm..ada 2 bulan lagi untuk musim sejuk mengubah senario di sini.

dikala musim sejuk nanti akan berbondong-bondong manusia keluar dari rumah dan memenuhi setiap taman riadah, berkhemah di padang pasir, berkelah di tepian pantai, melepak di pantai corniche sambil menghirup karak chai panas dan menikmati shawarma.

bermulalah majlis perkahwinan di sana di sini dan berlangsungnya pelbagai acara yang meriah.

walaupun tiada salji tetapi angin sejuknya dah cukup untuk membuatkan badan menggigil.

suhu siang dalam lingkungan 20C – 25C dan malam 13C – 19C. dan pernah juga serendah 10C.

maka pada waktu itulah aircond akan ‘direhatkan’ selama 6 bulan. dan jika terlampau sejuk ‘heater’ pula akan mengambil alih tugas dalam rumah ni.

ddmk: winter…ku tunggu mu datang..hehee..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s