akan tiba masanya balik malaysia sebulan sekali..

good newsss….berita baikkkk…berita yang ditunggu-tunggu kehadirannya.

penerbangan tambang murah doha-kuala lumpur!!🙂

Asia’s low-cost carriers expanding on Mideast route network

sekiranya nak melancong ke negara Gcc di sekitar doha seperti dubai, bahrain, oman, turki di sini ada low cost flight iaitu flydubai.

tambang pergi balik Doha-Dubai bulan ini berharga Qr530 seorang berbanding harga yang ditawarkan oleh Qatar Airways dan Emirates.

bagi rakyat Filipina pula dah ada alternatif lain untuk kembali ke kampung halaman dengan adanya Cebu Pacific Airline yang menawarkan tambang 60% lebih murah.

promo bulan ni hanya Qr599 untuk Doha-Manila dengan kekerapan penerbangan 2 kali seminggu.

selama ni kami selalu berharap agar Air Asia X dapat kelulusan landing kat sini. tapi masih tak jugak kunjung tiba.

terkini Singapore’s Scoot sebuah syarikat penerbangan tambang murah Asia yang dimiliki oleh Singapore Airlines merancang untuk melakukan penerbangan jarak jauh ke destinasi Timur Tengah.

Dubai, Abu Dhabi atau Doha menjadi destinasi pilihannya dengan menggunakan pesawat baru Boeing 787 Dreamliner dengan jenama flyscoot.com.

menurut CEO flyscoot.com persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh pihak syarikat.

sekiranya Qatar memberi kebenaran kepada Singapore’s Scoot untuk laluannya Singapore-Doha, alangkah bahagianyaaaaa…biarlah kami jadi kumpulan pertama naik flight tu..hahaaa…

bagi kenalan yang berasal dari Johor Bahru..inilah peluang keemasan anda. semakin mudah dan murah nak balik kampung.

sementara bagi yang lain, keperluan transit di singapore tidaklah mengundang masalah sebab tak jauh dari tanahair kita. seberang tambak je..

sama ada flyscoot.com ada flight seterusnya ke KLIA2 atau kita teruskan dengan flight Air Asia, itu masih belum ada maklumatnya.

andainya semua ini menjadi kenyataan, tahun hadapan bolehlah buat planning 2in1.

kita pilih masa transit 6 – 8 jam atau lebih kat pulau temasik tu, dannn… kita singgah di USS sekejap..ok tak?

the best planning everrrr..yessss!

*sumber: Gulf Times

ddmk: moga dipercepatkanlah…tak sabar dah ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s