gelora nak cuba aiskrim arab

seiring dengan musim panas jualan aiskrim turut meningkat. menjadi lumrah melihat pengunjung beratur panjang untuk mendapatkannya. tak kiralah dewasa mahupun kanak-kanak.

di dalam shopping mall jualan aiskrim bukan setakat di kiosk, terdapat juga yang mempunyai cafenya sendiri. jadi bolehlah kita makan aiskrim sambil duduk di sofanya sambil berehat santai.

selain aiskrim, gelato dan frozen yogurt menawarkan pelbagai perisa yang sedap-sedap belaka. jenama seperti baskin robbins, haagen-dazs, cold stone, pinkberry menjadi pilihan.

semasa ke Ezdan Mall, kami tergerak nak cuba aiskrim arab. mahal la pulak harganya. 500ml berharga 80 riyal dan 1000ml berharga 150 riyal…adoiii..

dek kerana nak mencuba kelainannya, kami beli 500ml.

~ bungkusannya pun dah lawa. disimpan didalam beg kulit kayu. nampak eksklusif kan..

IMG_2147

IMG_2148

~ aiskrim ini disaluti penuh dengan kacang pistachio dan badam.

IMG_2150

IMG_2151

~ pembuatannya seperti kek gulung, jadi kita kena potong la ikut suka banyak mana nak makan.

IMG_2153

~ dan rasanya? seperti susu…lemak-lemak manis. seolah kita makan aiskrim susu dengan kacang. (mengikut citarasa lidah saya ni..hmmm..tak sedaplah..)

maka saya pun cuba mengolahnya. tambahkan peanut butter dan nutella. haaa..barulah boleh makannnn….

ddmk: aiskrim omputeh jugak la yang sedap ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s