‘tabuh’ berdentum dikala senja

kawasan tempat tinggal kami terletak dalam kawasan doha. hanya 30 minit ke airport, 15 minit ke muzium, 10 minit ke pantai cornihce, 10 minit ke hotel concorde, 8 minit ke souq waqif.

memang dilingkungi kemudahan yang banyak..dan juga tak ketingalan…sesak!

suatu hari lewat senja di bulan ramadhan, saya tengah sibuk menghidang makanan nak berbuka, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman.

walaupun tidaklah terlalu kuat bunyinya tapi agak jelas kedengaran bunyi macam bom meletup. ishh..bom?

sepantas kilat jugaklah saya bertanya kepada suami. dan dengan selambanya suami menjelaskan itu adalah bunyi tembakan meriam, tanda dah masuk waktu untuk berbuka puasa.

keesokan harinya bermulalah adegan pujuk memujuk. saya teringin sangat nak tengok suasana tu. mintak suami bawakan ke tempat ‘bunyi meriam’..hehee..

apabila sampai lokasinya, dah ramai orang yang mengelilingi pagar keselamatan. walaupun tidaklah menjadi tumpuan warga kota, tapi nampak gayanya mereka semua tak sabar menunggu…termasuklah kami.

~ meriam yang digunakan adalah dari jenis Meriam katak atau juga dikenali sebagai Howitzer adalah sejenis artileri yang memiliki ciri-ciri laras yang pendek dan menggunakan cas letupan yang kecil.

IMG_3792

IMG_3785

~ tempatnya berhampiran dengan central pos office.

IMG_3788

~ minit-minit terakhir sebelum waktu azan, anggota tentera yang bertugas dah bersedia. kami semua pun tutup telinga. wahidd…istnain…thalasaaaa…

IMG_3786

IMG_3784

bommmmm…..bunyi yang sangat kuat mengegarkan gegendang telinga. terasa ‘shockwave’ sampai ke muka. asap memenuhi ruang, berterbangan debu-debu pasir di sekitarnya.

sepanjang bulan ramadhan meriam inilah yang berbunyi. walaupun hanya sedas sahaja tapi dah cukup merasai kegembiraan meraikan waktu buka puasa di qatar.

ddmk: lokasi meriam ramadhan telah beralih ke state grand mosque.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s