hello..home delivery please..

IMG_2644

minggu pertama berada di sini pada bulan julai 2011, kami mencuba buat pertama kalinya home delivery.

bukan order pizza, bukan burger king, bukan kfc atau mc donald…tapi order steak!

pengalaman order steak 2 set tu masih segar diingatan. satu steak dimasak medium-well dan satu lagi medium. masih panas suam lagi semasa dihantar oleh staff Applebees.

maklumatnya kami perolehi dari buku pengenalan tentang Qatar yang dibekalkan oleh majikan suami untuk pekerja baru.

hasil membelek buku tersebut barulah diketahui rupanya hampir 90% restoren menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah. namun ianya bergantung kepada zon penghantaran.

teringin nak steak Applebees, burger Chilis, spaggeti TGI Friday, nasi biryani, nasi bukhara, nasi arab, nasi mandy, makanan thai, makanan india dan segala jenis rangkaian fast food? dial saja..

nak makan aiskrim, cheese cake, chocolate cake, crepe strawberry atau nak minum milkshake, hot chocolate, jus buah-buahan segar? dial saja..

ada masanya saya tak buat sarapan, makanya order nasi goreng, bihoon goreng, sandwich pun boleh dihantar ke rumah.

bila terasa nak supper, pesan la teh tarik 2 cawan dan roti nan 2 keping…juga sampai depan pintu.

IMG_3526

itu tidak termasuk lagi kedai makanan yang banyak di sekitar kawasan perumahan.

nak makan tomyam? somtam? ikan kerapu goreng 3 rasa, udang goreng tepung..kangkung belacan. call restoren thai smile. dalam masa 30 minit dah terhidang semuanya depan mata.

the best part is masih panas berasap semuanya. sama seperti makan di restoren.

tahun 2015 saya dah jadi ‘pakar’ bab home delivery ni…

jika kelazimannya hanya order makanan, kini barang runcit pun dipesan melalui telefon.

kehabisan bawang, kentang, tepung, gula dan barang dapur tak jadi masalah. tak perlu ke kedai lagi.

kadang-kadang hanya order cili api 3 riyal, roti sebungkus, dan sebotol pepsi..tak sampai 15 minit barang dah sampai rumah.

betapa mudahnya…siapkan fulusnya sahaja..hehee..

ddmk: what a wonderful life..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s