Terkini: Raja Zarith Sofiah Bantu Pelajar Di UK

London- Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang kini berada di United Kingdom selama seminggu bersama dua anakandanya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil dan Tunku Tun Aminah, menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar malaysia dengan kejatuhan nilai ringgit.

Baginda memaklumkan sesuatu mesti dilakukan untuk menolong mereka meringankan masalah kewangan.

“Tidak cukup sekadar tahu masalah mereka, tapi tidak berbuat apa-apa,” kata baginda dalam satu pertemuan, di sini baru-baru ini.

Justeru didalam Facebook baginda, Raja Zarith Sofiah menyuarakan keprihatinannya dan menawarkan bantuan: “Kepada rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di UK, tolong beritahu saya bagaimana saya boleh membantu. Adakah lembaga atau pertubuhan pelajar yang boleh membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan?”

Baginda memberi jaminan, akan bermesyuarat dan mendapatkan pandangan pihak tertentu mengenai cara terbaik untuk membantu pelajar terbabit kerana dana yang mahu dikumpul harus dikendalikan dengan baik sebagai amanah dan tidak boleh disalahgunakan.

*sumber: berita harian online

~ alhamdulillah..selain Yayasan Pahang yang membantu pelajar tajaan mereka di Mesir dan Jordan, kini Permaisuri Johor pula menunjukkan sifat keperihatinan yang tinggi dengan usahanya menolong pelajar malaysia yang menetap di UK. dengan perkembangan ini diharap adik-adik di UK akan segera menghubungi Majlis Pelajar Malaysia untuk tindakan lanjut.

semoga akan banyak lagi bantuan dihulurkan kepada pelajar-pelajar yang berada di negara lain.

ddmk: hari ini RM 1 = Usd 4.17

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s