Tak perlu bawa kad perbankan untuk keluarkan duit di mesin atm.

File:QNB-logo.jpg

Qatar National Bank (QNB) baru-baru ini telah melancarkan satu sistem baharu bagi pengeluaran wang di mesin atm. Ianya satu sistem yang julung kali akan digunakan di Qatar.

Inisiatif ini datang sebagai sebahagian daripada komitmen QNB untuk menggunakan teknologi inovatif dan canggih untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti premium kepada pelanggan dengan cara yang selamat, cepat, dan mudah.

Teknologi IrisGuard adalah berdasarkan kepada fakta bahawa setiap mata manusia adalah berbeza dan memberikan pengecam unik untuk setiap orang di dunia.

Ia memetakan ciri-ciri yang berbeza daripada iris manusia dan memberikan pengenalan biometrik peribadi yang tepat, cepat dan selamat.

Iris mata adalah sepuluh kali lebih tepat berbanding cap jari.

Pelanggan hanya perlu melihat ke dalam kamera terbina, yang secara automatik akan mengimbas Iris dan akaun bank akan dibuka.

Sistem ini dibina untuk menangkap imej iris yang berkualiti tinggi; dan kemudiannya dipadankan dengan pangkalan data dalam masa kurang daripada dua saat.

Imej iris yang digunakan tidak boleh disalin, diklon, atau dicuri. inilah yang akan menjamin transaksi perbankan yang selamat bagi pelanggan.

Setiap cawangan QNB akan mempunyai mesin atm yang dipasang dengan sistem pengesahan biometrik bermula Oktober 2015.

Perkhidmatan ini memberikan pelanggan keselesaan untuk mengesahkan diri mereka sendiri tanpa menggunakan kad perbankan atau nombor PIN.

Juga tidak mendatangkan masalah jika sekiranya kad perbankan hilang atau tertinggal di rumah.

*sumber: Gulf Times

ddmk: pastikan bawa kad QID untuk kali pertama buka akaun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s