tersentap..

sudah menjadi lumrah apabila ada keluarga yang pulang dari tanah suci mekah, sama ada mengerjakan umrah atau ibadah haji, tentu ada saja buah tangan yang akan diberikan kepada warisnya.

tasbih, minyak attar, tudung, sejadah atau songkok menjadi pemberian yang sangat bermakna selain kurma, kekacang, kismis dan air zam-zam. maklumlah dari tanah suci. terkadang kita terhidu saki baki haruman di sana yang melekat pada barangan yang dibawa.

awal febuari lalu, mak dan kakak sekeluarga telah selamat menunaikan umrah. kepada kakak, saya berpesan supaya membelikan sehelai abaya. dan dia tak lupa…alhamdulillah pilihannya terbaik…hehee..

namun dengan mak saya tak mintak apa-apa. hanya kirim doa saja. moga-moga Allah perkenankan…insya Allah..amin.

selepas asar acara bukak beg dari mekah pun bermula. mak maklumkan dia tak beli banyak. tapi adalah sikit bahagian untuk semua anak cucu dan keluarga terdekat. bagi kami adik beradik pemberiannya adalah sejadah.

satu per satu mak keluarkan sejadah. aduhhhh…cantiknya! pandai mak pilih. ngam-ngam je beli 5 helai untuk kami. 4 helai sejadah yang setiap satunya berwarna turqoise, merah, ungu dan coklat.  memang kualitinya sangat baik dan sangat memukau mata.

manakala sehelai sejadah berwarna kuning, tak cantik langsung macam yang lain. coraknya pun pelik, takda ilustrasi masjid. sekali tengok macam corak kulit cheetah je. macam mana la mak boleh terbeli. silap pilih kot ni..fikir saya.

dengan penuh pengharapan, dalam hati saya nak warna turqoise. sebab itulah yang paling cantik diantara yang lain. kemudian mak cakap “ini untuk along” dan along sambut sejadah tu dari tangan mak.

ok..takpa..takpa…terdetik, saya nak yang merah! tiba-tiba mak cakap “yang merah ni untuk zali”. bang ngah pun ambik.

hmmm…mak…bagi yang ungu tu lah..hati saya berbisik. “haaa…yang ini untuk omar”. adoiiii…melepas lagi!!

ok..laaaa…coklat pun cantik mak. masih mengharap dalam hati. “yang coklat ni untuk salleh”. erkksss..saya?

“haaa…yang kuning ni untuk kau”. gulppppp… adussss…melepas sejadah yang cantik tuuu..

DSC_2113

 

kita dengan setia dok sebelah mak dari tadi dapat bahagian terakhir? sejadah kuning corak pelik macam kulit cheetah tu yang mak bagi? terkilan. rasa nak merajuk.!

terfikir nak buat sistem barter dengan abang.. tapi demi mak yang dah buat keputusan..saya akur je lah.

muka sedikit kelat. menahan hajat tak kesampaian..tapi saya gagahkan perasaan. “dah ini rezekinya..terimalah”. pujuk hati.

almaklumlah…kita ni anak bongsu..jadi kenalah beralah dengan abang-abang ye tak? ehh..eh..bukan abang kena beralah dengan adik ke?

sebelum tidur, saya ‘mengadu manja’ dengan kakak. panjang saya bercerita, tapi kakak hanya tersenyum. makin saya luahkan, makin lebar senyum dia.

kakak: hmmm…aku tak sangka..

saya: kannn…sabar je lah

kakak: aku tak sangka mak bagi kau sejadah tu

saya: tu lah…

kakak: sebenarnya, masa mak beli sejadah untuk abang kita, sekejap je mak pilih dan terus bayar. kemudian mak ternampak sejadah kuning tu. mak berkenan sangat… dua tiga kali mak cakap kat aku “cantik kan..cantik kannn..”

mak usap-usap sejadah tu..mak belek-belek…tengok dengan penuh minat. coraknya menarik perhatian. mak belek lagi dan lagi dan lagi..dan lagi…

tapi sebab nak cepat kejar waktu, aku ajak mak balik hotel dulu. rehat jap, nanti lepas solat boleh beli. mak pun ikut cakap aku.

bila keluar dari kedai, terdengar suara orang panggil “hajjah…hajjah..”. rupanya tuan kedai yang panggil. dia hulurkan sejadah kuning tu. aku ngeleng kepala, bagi isyarat tak nak beli.

tapi dia hulurkan jugak. dia bagi kat mak..dia cakap free! kita orang terkejutlah. free? 

dia hadiahkan kat mak. mungkin hatinya tersentuh melihat warga emas seperti mak menunjukkan minat kat sejadah tu tapi tak beli. masa aku ajak mak balik, mungkin dia ingat mak tak cukup duit nak beli.

mak punyalah suka. tak sangka dapat jugak keinginan hatinya. coraknya lain dari yang biasa. tambahan pulak hadiah ikhlas dari tuan kedai.

bila ke masjid mak bawak sekali..mak dah gunakannya untuk solat kat sana.

aku sungguh tak sangka..kalau kau nak tahu…mak dah bagi kau sejadah yang paling dia suka dan yang paling dia sayang..

saya: (terdiam. masa seolah terhenti)..

DSC_2119

 

ddmk: inilah sejadah kasih dari mak…

simple tapi bermakna

raya haji 1433H dah sebulan lebih berlalu. waktu tu keluarga di tanahair ada bertanya tentang sambutan kami di sini. jawapannya mudah. ~ ala kadar jer…hehee…

kami tak kemana-mana. kuih raya pun tak buat. cuma lepak kat rumah, masak-masak dan jemput kawan abe matt datang menjamu selera.

sehari sebelum raya tu, macam-macam resepi muncul di kepala. teringin nak buat lontong tapi tempe pulak tak ada kat doha ni, tak bestlah kalau tak cukup syarat..ye tak?

ke nak buat nasik tomato…atau nasik ayam. hmmm…buat soto dengan sup tulang? tapi susah nak cari tulang lembu.

tak jumpa pulak orang jual daging fresh macam kat malaysia. menjelang hari raya, bergantungan peha lembu di pasar mahupun di tepi jalan. pilihlah nak yang mana. belilah berapa kilo sekalipun.

di sini hanya ke carefour kalau nak beli barang basah. pilihan kedua pasaraya lulu. baik carefour atau lulu, pasaraya ni hanya jual daging lembu dari new zealand dan india. tulang…tak jumpa.

akhirnya abe matt cakap buat yang simple sudahlah. tak perlu nak peningkan kepala mencari bahan masakan. kalau ditempat kita tu lain…semuanya ada depan mata.

dan oleh yang demikian….terzahirlah menu seperti di bawah. simple je tapi…sedaplah jugak….hahaa… 🙂

 

~ menu wajib pagi raya. kurma ayam jauh dimata..

 

~ sambal udang menitik tangis..

 

~ rendang daging bonda..

 

~ sayur campur 3 rasa..

 

~ siap dimakan.. hanya ada maruku wakil kuih raya.

 

~ kuah kacang doha..

 

~ nasi impit nona KL..

 

~ muffin sedia dirasa..

 

~ mangga manis madu..

 

ddmk: pertama kali dengar takbir raya di masjid pukul 5.30 pagi..sayu!

aidilfitri yang lalu…

 

hari ini 8 Zulkaedah 1433H. sungguhpun sudah seminggu bulan syawal meninggalkan kita namun saki baki manisnya beraya masih terasa di hati.

bersyukurlah kerana kita dapat meraikan syawal tahun ini. masih diberi peluang oleh Allah swt untuk kita berada dikalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dalam satu bulan Berhari raya.

seronoknya menjamu selera di open house setiap hujung minggu…itu tak termasuk lagi jika dalam satu hari tu sampai 3 buah rumah nak kena attend. boleh gantung kuali dibuatnya kan…. 🙂

walaupun kebanyakan tuan rumah menghidangkan makanan yang lebih kurang sama dengan rumah yang lain tetapi sebenarnya keseronokan berkumpul beramai-ramai itulah yang menjadi kunci kemeriahannya.

bagi perantau seperti kami, perasaan membuak-buak nak balik beraya di kampung halaman. jika di Malaysia semua orang sibuk membuat persiapan beraya, kami pula sibuk menghitung hari bila nak balik ke sana.

di penghujung ramadhan, orang berpusu-pusu di jalan tar dan sogo membeli baju raya, kuih raya, kasut raya, langsir raya dan pelbagai yang lain, sedang kami di sini hanya menunggu dengan sabar….cepatlah hari dan waktunya, dah tak terperi rasanya untuk balik ke kampung!

persiapan dibuat seringkas mungkin. abe matt hanya membeli sepasang baju melayu untuknya, sepasang baju kurung untuk saya, sedikit kuih raya, siapkan duit raya untuk mak dan ayah serta semua anak buah. tapi persiapan utama yang paling penting ialah….. tiket nak balik beraya….heheee….

kali ini tiket kapal terbang dah siap ditempah awal. takut kejadian yang sama seperti tahun lepas berulang lagi.

direct flight Qatar Airways dari Qatar ke Kuala Lumpur dah abis, jadi terpaksa naik flight Gulf Air yang transit di Bahrain. mujurlah saya dah balik Malaysia dahulu sebelum itu. hanya abe matt saja yang mengharungi 3 jam kekalutan di airport Doha dan tersadai selama 6 jam di airport Bahrain.

kemudiannya ditambah lagi melalui perjalanan selama 7 jam 30 minit, sebelum selamat tiba di Kuala Lumpur pada petang hari raya pertama!

itulah pengalaman pertama balik beraya dari luar negara, ingatkan hanya nak balik beraya naik bas dari puduraya saja yang perlu beli tiket awal, rupa-rupanya di luar negara pun sama laa… terutamanya di Qatar ni, selain orang kita yang nak balik beraya ada ramai juga bangsa asing yang  transit di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.

haaaa….no wonder la kan…flight full house!

tahun ini abe matt hanya dapat cuti seminggu. itupun puas dia merayu kepada majikannnya. 7 hari itu dipergunakan sepenuhnya dengan menghabiskan masa hanya dengan keluarga terdekat sahaja.

namun, saya masih di sini…kL…sebab ‘majikan’ saya pun benarkan saya bercuti lamaaaaaa sikit…..hahahaaaa……

wah…wah…….bestnya… walaupun syawal dah abis tapi saya masih makan serdak kuih raya, tak termasuk lagi makan nasik impit, kuah kacang, lontong, nasik minyak, nasik tomato, rendang ayam…mee kari…laksa….nasik lemak…roti canai….teh tarik…kuih bakar…kuih koci…kek secret recipe….(kes balas dendam, sebab kat Qatar takde semua nih..ahahaaa…)

 

ddmk: home sweet home….abe matt..tunggu ye!

semakin berdikari

selama satu dekad dalam kesibukan encik abang menjalankan tugas dan dedikasi terhadap minatnya itu telah membuatkan segala urusan rumahtangga di bahu saya. seawal 6.30 pagi kakinya sudah melangkah keluar dan selewat 2.00 pagi barulah dia kembali.

terkadang pernah juga sekali-sekala dia harus keluar pukul 4.30 pagi dan pulangnya pula pukul 6.00 petang. hmmm….asal balik rumah saja, dia akan makan, mandi, solat dan tidur.

paling menyedihkan hati bila bebanan tugasannya dibawa balik dan harus pula disiapkan malam itu juga. bukan tak pernah saya menghulur tenaga untuk menolongnya….nak tolong taipkan report-report tu semuanya….sebab saya mempunyai skill untuk menaip pantas. tapi dia menolak.

ada juga saatnya saya temankan dia sehingga saya terlelap di sofa dan dia akan kejutkan…apalagi kena marah pulak sebab tak nak tidur dalam bilik…(hmmm tak pasal-pasal jer..kita kesian kat dia!)

walaupun umum tahu saya masih belum dikurniakan cahayamata tapi boleh tahan juga menggalas tanggungjawab menjaga keharmonian hidup berdua ni. bukan setakat menyediakan makan, minum, kemas rumah, memasak, bayar bil, beli barang dapur dan ke tesco untuk beli stok barang-barang.

tapi jika sesuatu kesulitan berlaku saya harus pandai menyelesaikannya sendiri. tidak mahu membebankan encik abang yang memang dah terlalu sibuk siang dan malam. biarlah dia dengan rencananya dan biarlah saya berkorban.

namun…tidaklah pula nak disesali…malah itulah yang saya banggakan! sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan yang Allah swt telah tentukan ini, membuatkan saya rasa ingin terus berbakti. terkini, encik abang telah berhijrah ke luar negara. walaupun saya telah ke sana dan hanya berada di sini untuk beberapa bulan…tapi rindu pula pada tanggungjawap lama tu.

mana taknya? buat masa ni saya hidup ‘bujang’. apa sangatlah nak buat pun…tak payah masak, tak payah kemas rumah dan dah tak sibuk macam dulu. sekarang ni dok rumah goyang kaki jer…yang penting tiap-tiap bulan encik abang kirim fulossss….hahaha…

24hb januari yang lepas. hmmm…kali ni berkorban perasaan pulak. tiada suami di sisi, tiada sahabat menemani, sekadar duduk sorang-sorang di secret recipe…sambil menghirup segelas air kopi sejuk dan sepotong kek sebagai tanda…..hari ini adalah harinya…hari yang ke 36 tahun.

 

 

ddmk: happy birthday to me…:)

selamat tinggal 2011…

hanya ada 2 hari saja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2012….ada sesiapa yang mula berkira-kira di mana nak sambut tahun baru ni?

hotel dan tempat-tempat yang biasa kita pergi seperti port dickson, genting, langkawi mesti penuh tu. kalau tak nak pening kepala just dok kat rumah je lah. tengok tv. setiap stesen tv dah mula buat countdown ni. best gak ceritanya kan…

kebiasaannya juga mulalah orang sekeliling bertanya apa azam tahun baru ni. baik di radio, tv mahupun kawan-kawan di ofis….sedangkan semasa menyambut awal muharam lepas takda sapa pun yang kisah tentang azam berazam ni kan? dah lumrah tu..hehe.. bahkan saya pun lebih meraikan kedatangan tahun baru masihi.

tapi bukanlah dengan keluar berpesta ke dataran merdeka atau bukit bintang. namun begitu,  kedatangan awal muharam tidaklah saya pinggirkan. sewaktu penghujung asar saya dah bersedia lengkap bertelekung untuk membaca doa akhir tahun bersama abang mat. jika di kampung kami sekeluarga akan membacanya bersama dan terus solat maghrib berjemaah.

bagi sambutan tahun baru masihi kebiasaannya hanya ada 2 pilihan. pilihan pertama balik kampung. berkumpul dengan mak, semua abang-abang besar dan kakak. malam buat bbq…sambil sembang panjang. bila masuk jer pukul 12.00 malam. kami sekadar ucapkan selamat tahun baru..itu saja.

pilihan kedua hanya dok kat rumah, tak balik kampung. tengok apa saja cerita menarik kat tv. tambahan pula mesti ada konsert ambang merdeka….haaaaa…layan yang tu pun cukup dah…hehehe

dan bila kat tv buat countdown 10-1 detik-detik nak masuk tahun baru…saya dah stand-by kat balkoni. tu yang bestnya rumah tingkat 5 mengadap view KL ni….semua jelas nampak. KLCC, Menara KL, Bangunan Maybank, Great Eastern Mall…dan macam-macam lagi bangunan yang menghiasi latar kuala lumpur. macam gambar ni…

masuk saja tahun baru mulalah berdentum bunga api. dari semua arah!!…sampai tak tahu nak tengok yang mana..memang meriah. bunga api yang paling cantik dari area KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. itu belum lagi sambutan ‘kecil-kecillan’ daripada kelab atau persatuan dan tak mustahil juga jutawan kat area ampang nih! kita akan dapat tengok bunga api dari arah Pandan Indah, Bandar Ampang, Bukit Indah dan di depan rumah saya sendiri.

dannnn semuanya serentak!!!!  fuhhhhhh…..memang cantikkkk. bukan 1-2 atau 3 bunga api…tapi 7-8 bunga api akan meletup serentak dan mewarnai langit. ada la dalam 15-20 minit kita akan terpaku melihat keindahannya yang berwarna warni tu.

tahun 2011 adalah tahun yang paling mencabar bagi saya. sepanjang hidup…tahun inilah yang  telah menguji keupayaan untuk membuat keputusan yang sangat besar. saya telah melalui saat-saat genting dalam hidup. sukar untuk mengharunginya jika tanpa sokongan daripada keluarga yang sentiasa menyayangi kita.

tapi disebalik ujian yang sarat itu..alhamdulillah…Allah swt  ketemukan semula dengan sahabat-sahabat yang telah dikenali sejak tadika dulu yang kini menjadi sebahagian dari hidup saya.

mereka telah hadir sewaktu saya benar-benar memerlukan bahu seorang sahabat sejati untuk melepaskan lelah seketika setelah penat mengharungi perjalanan yang menyakitkan …kerana mereka jugalah saya mampu ketawa dan melupakan segala kenangan pahit yang hanya akan menjadi sejarah.

wahai kenangan yang memilukan…pergilah. jangan kau hadir lagi dalam hidupku…

ddmk: tak mempunyai azam 2012…cuma berdoa moga tahun ini akan memberi lebih bahagia. 🙂