dubai the 2nd~ selamat tinggal Atlantis

hari terakhir di dubai, melihat matahari terbenam di depan Atlantis. subhanallah…cukup cantik…

ramai pengunjung hotel mahupun bukan yang menginap di sini datang bersantai di tepi laut. tidaklah menjadi kesalahan pun, tak semestinya kena jadi tetamu hotel baru boleh menikmati kemudahan di sini.

memang seronok apabila kita berhadapan dengan lautan yang luas terbentang sambil menghirup udara segar laut arab, dengan anginnya yang sentiasa bertiup kuat.

disediakan pulak 1 van bergerak yang menjual santapan ringan. hmm..cukup syarat dah tu! makan aiskrim, muffin, donut dan air kopi….sambil dok melepak depan laut.

~ malam terakhir. pemandangan dari bilik.

~ morning! time to go home. semua nak balik dah. tapi bagi yang habis cuti je, yang baru nak start cuti sentiasa ada.

~ check-out. abe matt tengah sign tu. patutlah dok garu tapak tangan kiri dia…hehee

~ pintu masuk Atlantis. tak boleh nak tunggu line clear untuk ambik gambar pintu, orang sentiasa keluar masuk. kebetulan pulak pasangan ni lalu. baik uncle tu, dia maintain senyum..

~ pintu besi. jarang jumpa pintu hotel jenis macam ni. biasanya semua pintu sliding kan?

~ kat lobi luar..

~ kami nak balik doha…hehee…

~ on the way ke airport. inilah Burj Arab. tak sempat nak pergi, ambik gambar dari jauh je la…

alhamdulillah…kami selamat pergi dan kembali. banyak kenangan manis dengan percutian kali ni. tak sangka sungguh dapat jejakkan kaki di the palm, sedangkan selama ni hanya mengaguminya dari jauh. syukur….yang tak terhingga…:)

ddmk: dubai the 3rd?…..ehehh..

dubai the 2nd~ makan time!

kalau dah melancong namanya, bab makan memang tak boleh dipisahkan. kalau boleh kita nak rasa semua makanan kat hotel tu. apalagi buffet. makanlah selagi boleh…hehee…betul tak?

ada 2 restoren untuk santapan buffet dalam pakej imperial club. iaitu restoren Kaleidoscope yang menghidangkan makanan dari mediterranean, india, afrika utara, greece dan rantau levant.

sementara restoren Saffron mempunyai rantaian hidangan dari Asean, china dan jepun. banyak stesen makanan yang disediakan dalam kedua-dua restoren ni. semuanya sedap dan menyelerakan. dan yang paling penting ianya HALAL.

sebenarnya kami nak snap gambar setiap stesen makanan yang ada. tapi apakan daya. tetiba rasa seganlah pulak, macam reporter dah jadinya ni. asyik snap sana sini.

tapi semata-mata nak buat entry tentang makanan di Atlantis, kami sanggup tunggu sampai line clear…barulah dapat snap solid gambar stesen makanan tu, kalau tak penuh je sentiasa.

jom kita tengok buffet breakfast. sebab buffet dinner tak sempat nak snaplah. kami dah lapar sangat. ambik je makanan terus ngap..ambik je..ngap..hahaaa…

~ roti dan pastri

~ salad dan keju

~ buah-buahan segar

~ yummyyy..yogurt buah!

~ pelbagai jenis mufin, donut dan kek. (kek pisang pun ada).

~ boleh pilih nak yang siap potong atau ambik je sebijik-sebijik.

~ mee wantan, mee kuning & kuehtiaw. yong tau foo pun ada.

~ macam-macam isi dumpling

~ sekadar hiasan…tapi nampak sedap pulak. gula kot?

~ yesss…roti canai 1!

~ 1st plate..hehee

~ mee sup panas.

~ nasi lemak? iya…nasi lemak + kari ayam + sambal kentang + sambal tumis

~ no idea apa yang berbungkus tu. saja nak cuba!

~ rupa-rupanya pulut + kacang kukus. sedap jugak!

~ ahaaaa…. 🙂

~ semut dah jumpa gula. macam ni makannya…hahaa..

ddmk: full loaded~alhamdulillah…

dubai the 2nd~ dubai mall

dah alang-alang sampai ni, tak sah kalau kita tak singgah the dubai mall. tambahan pula kunjungan pertama dulupun kami tak abis meronda.

mall ni terlalu besar….percayalah! kalau pergi sekali memang takkan abis jelajah keseluruhannya. sila baca tentang the dubai mall, entry yang di buat pada bulan november tahun lepas. klik> disini

kali ni kami tak sesat macam dulu. tumit pun tak melecet dah. stand-by siap-siap pakai flat shoe…hehee…

kalau nak meronda dalam dubai mall ingatan kena kuat. pesanan pertama dari kami, kita kenalah mengingati setiap laluan yang dilalui.

contohnya butik-butik yang ada. kalau kita dok jalan sakan je..masuk kedai sana, masuk kedai sini..tengok sales make-up, belek sales handbag…jeling pulak sales perfumes, hmmm…memang sesatlah jawapnya!

kalau bawak kamera, sambil berjalan tu snaplah beberapa keping gambar untuk dibuat ingatan. supaya kita tak lupa dari arah mana kita masuk.

waterfall. memang mencuri perhatian semua pengunjung. setiap yang datang tak lepas peluang ambik gambar.

berbekalkan ingatan tahun lepas, kedatangan kami pada petang jumaat tu jadi satu kunjungan yang penuh semangat. bertambah confident bila berjaya mencari kedai-kedai yang kami dah aim nak pergi.

kebetulan pulak tengah sales…hmm…sales? ahah! bertambah meriah lagi dengan setiap kedai nak tukar season dari winter ke summer. dah pasti stok baru sampai dan mereka nak clear kan stok lama….apalagi…ha.ha.ha…

ada banyak centre court dalam dubai mall. setiap satu berlainan, ini diantaranya. kena buat landmark ni..kalau tak sesat nanti.

saujana mata memandang.

dah penat window shopping, kita santap. makan kat food court. inilah yang menjadi pilihan, makanan thailand. dulupun makan kat kedai ni jugak…hehee…

ais lemon tea & nasi paprik seafood serta nasi paprik ayam…sedap..saya jamin!

tomyam seafood dan popia goreng.

on the way nak balik ke hotel, terjumpa pulak butik ni. parah? memang ‘parah’ la kalau shopping kat sini..hahaa…

cold stone…aiskrim favourite! tak sempat nak makan kat sini. tapi takpe…kat villaggio pun ada..

inilah signboard interaktif yang paling berkesan membantu setiap pengunjung. selain touch screen, ianya sangat membantu nak cari lokasi kedai yang kita nak pergi. kira macam gps la ni..

ada 1200++ kedai. pilihlah yang mana satu. dari butik kosmetik, baju, kasut, handbag, jam hinggalah ke kedai handphone, kamera..tak terkira banyaknya pilihan.

pesanan kedua kami. kalau dah berkenan dengan sesuatu barang yang nak dibeli di satu butik tu, teruskanlah beli. jangan rasa nak tengok-tengok kat kedai lain. atau rasa nak bandingkan dengan offer lain.

ini kerana, jika anda dah puas menilai dan nak patah balik ke kedai yang pertama, belum tentu anda akan jumpa kedai tu semula. sebab kami dah terkena!…hahaaa..

ddmk: datanglah time sales. memang puas hati. saya jamin! 

dubai the 2nd~ the lost chambers aquarium

cuba bayangkan kita meneroka runtuhan misteri kota Atlantis, yang hilang selama beribu-ribu tahun jauh di dasar laut…sekarang bayangkan pula diri dikelilingi oleh haiwan marin yang berenang beralun perlahan di depan mata kita… dan mereka hidup aman damai dalam dunia aquarium.

bukan sebarang dunia aquarium tapi sebuah tempat yang turut dihuni dengan 65,000 ikan yang lain. itulah sinonimnya tema The Lost Chambers Aquarium yang berada di dalam hotel ini.

seperti di The Dubai Mall, di sini juga terdapat aquarium. ada jerung, belut, ikan pari, ikan kerapu gergasi dan pelbagai spesis ikan laut. sementara kuda laut, obor-obor, ikan arapaima, piranha dan lain-lain ikan kecil ditempatkan di aquarium lain yang lebih persendirian.

beza yang ketara dengan aquarium di dubai mall ialah, di sini tiada bot pelancong yang menyelusuri bahagian atas aquarium. tetapi istimewanya di hotel ini kita dapat melihat sisa-sisa runtuhan ‘kota Atlantis’.

selain ikan, terdapat pelbagai relik dan arca di dasar aquarium. cuba lihat gambar di bawah ni, seolah-olah istana yang hancur, yang tinggal hanyalah tiang serinya sahaja.

The Lost Chambers Aquarium dibuka kepada setiap pengunjung. meskipun kita tak menginap di sini, kita masih boleh menikmati keindahan haiwan marin ini dengan bayaran yang tertentu. dengan pakej Imperial Club, anda dibenarkan masuk tanpa had. masuklah sesuka hati setiap hari pun takpa. yang penting ikut jadual ni:

Ahad – Khamis: 1:00pm to 7:00pm.
Jumaat – Sabtu: 10:00am to 8:00pm.

bagi peminat arca, jom kita cuba tafsirkan makna seni dalam kreativiti pengukirnya.

cantik hiasan dinding tu. yang bulat tu macam perigi tapi bukan…

senjata perang kot? 8 kaki tingginya.

hmmm…?

kapal makhluk asing…hehee..

peta agaknya kan? penuh satu dinding ni..

terpegun..seperti sarang alien!

hebat lampu ni..

kita tengok penghuni aquarium pulak…

sangat..sangat…BESaR ikan pari ni.

santai. disediakan banyak kusyen untuk pengunjung menikmati view. tapi view ikan ye, bukan view pelancong tu…huhu…

ikan kerapu gergasi..elok sangat ada anak mat saleh ni, nampak bezanya kan?

ikan kerapu gergasi boleh mencapai sehingga 400kg beratnya dan hidup selama 40 tahun.

relax dulu…sambil tengok aksi ikan.

bertentang mata..nasib baik dia dalam tu, kalau tak jadi lauk dah ni..hahaa

nak kata ikan merah..bukan kot, ikan apa ni..macam albino pulak kan?

lion fish mempunyai sengat yang berbisa di setiap siripnya. digunakan ketika diancam oleh ikan lain. tetapi jika terkena kepada manusia tidaklah menyebabkan kematian…tapi sakit juga tu!

spesies ikan kecil..member-member nemo la ni..

ahah! ada pun nemo..

antara ‘serpihan’ kota Atlantis yang tenggelam..

jangkahayat obor-obor diantara 6 bulan ke 2 tahun. tetapi hidup di dalam aquarium memanjangkan hayatnya sebab terlindung dari pemangsa.

3 ekor ikan di bawah ikan pari dah bersaiz seperti peti ais 2 pintu, bayangkanlah pulak besarnya ikan pari tu..hmm..

membersih aquarium. kerjaya berinsuran tinggi ni. bandingkan ikan pari dengan penyelam tu…sekali ikan tu ngap!..huh..

inilah diantara sebahagian gambar untuk tatapan semua. kalau nak diikutkan banyak lagi ni..heheee…

ddmk: ikan pari masak asam, ikan kerapu goreng berlada…hahaa

dubai the 2nd~ Atlantis

pada penghujung musim sejuk yang lepas kami ke dubai. jalan-jalan sambil cuci mata.

jika kunjungan sebelum ni kami memilih hotel Ramada yang betul-betul mengadap the Burj, kali ni hotel pilihan ialah Atlantis di The Palm.

berbunga-bunga hati bila survey kat internet tentang hotel ni, tak sabar nak tengok dengan mata kepala sendiri tentang ‘Gah’nya Atlantis hotel. selain namanya sebaris dengan hotel bertaraf 7 bintang, Atlantis terletak di tengah-tengah lengkungan ‘pokok palm’, mengadap laut lepas.

mempersona...

~ Atlantis merupakan sebuah resort hotel di Palm Jumeirah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. ia telah dibuka pada 24 September 2008. resort ini diilhamkan selepas pembinaan Atlantis Paradise Island resort di Nassau, Bahamas.

~ hotel setinggi 23 tingkat ini terdiri daripada dua menara yang dihubungkan dengan sebuah jambatan, dengan jumlah 1.539 bilik. terdapat 2 stesen monorel yang menyambungkan bahagian daratan dengan resort yang terletak jauh ke laut.

sampai di airport dubai dah pukul 8.30 malam. dijangkakan perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa selama 40 minit. mujurlah kami dah tempah hotel pick-up, jadi tak perlulah nak beratur dapatkan teksi. dan tak disangka-sangka sungguh…pihak Atlantis menghantar sebuah mercedes s class!

perghhh…merasalah jugak naik kereta mewah ni. dalam s class tu dah disediakan 2 botol air mineral dan majalah tentang Atlantis. dengan aircond yang sejuk dan wangi..seat yang empuk gebu macam kerusi urut osim, terus hilang lengguh kaki..hampir terlena dibuatnya. rasa macam ‘orang kaya’ pulak..ehehe..

dari jauh sedikit demi sedikit semakin jelas hotelnya. bila dah depan mata terpegun dengan Atlantis…mata tak berkedip bila melihat secara langsung sebab selama ni hanya tengok di internet saja.

apabila kaki melangkah masuk…pandangan terus terpukau dengan arca kristal di tengah-tengah lobi hotel…

arca kristal setinggi 14 meter ni telah ditempa satu per satu di kilangnya. dan dicantum di hotel. setiap satu kristal mempunyai bentuk yang berlainan. warna juga berlainan. sebab tu ambillah gambar dari setiap arahpun, ianya takkan sama!

Atlantis telah mengungguli anugerah Hotel Terbersih Dunia pada tahun 2012. yang mana sebanyak 300 hotel bertaraf premium telah menyertai pertandingan tersebut. iya, memang tak dinafikan langsung!

selain hotelnya yang bersih, atmosferanya yang segar dan landskap yang tersusun rapi, penataan hiasan dalam hotel ini setiap incinya sangat teliti seiring dengan temanya, Atlantis the lost city.

dari hiasan dindingnya, lampunya hinggalah di setiap laluan pengunjung di tatarias dengan identiti yang berlainan. tak kan ada hiasan yang sama bagi setiap sudut!

selesai check-in, kami terus menuju ke bilik. bukak je pintu….erksss… woooo…. 🙂

inilah pemandangan dari bilik di tingkat 8, west wing.

bilik pilihan….imperial room. dah tempah seminggu lebih awal.

Atlantis The Palm Dubai

ddmk: tak boleh tidooo….