cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. Akhir)

Agama.

Maldives sebuah negara Islam yang menghormati kepelbagaian beragama tetapi menjaga dengan penuh tegas agar tiada usaha mengembangkan agama lain selain Islam di negaranya.

ini telah diwartakan oleh pemerintah melalui nota yang diedarkan kepada semua pelancong yang ingin datang ke Maldives di airport Colombo, Sri Lanka.

apabila kami tiba di airport Male, ada bunting pemberitahuan khas untuk pelancong daripada negara China. tertulis ayat ‘sorry no pork serving’. ini menggambarkan tidak ada langsung makanan yang berasaskan sumber tersebut di seluruh maldives.

setelah sampai di resort pula, di setiap chalet dititipkan didalam buku panduan agar semua pelancong memakai pakaian yang menutupi dada hingga ke paras lutut jika ingin membuat lawatan ke kawasan pulau bagi menjaga sensitiviti penduduk.

Makanan

nikmatnya menikmati hidangan makanan di pulau Bandos memberikan kejutan. semua makanan yang dipesan disajikan dengan begitu baik dan sangatlah sedap.

walaupun memesan menu yang sama di hari yang berlainan, keunikan rasa rempah ratus dan aromanya sentiasa mencapai standard yang cemerlang.

sejujurnya bagi pandangan peribadi, inilah yang terbaik. tidak setanding dengan makanan di qatar, dubai dan malaysia. adunan dan olahan rempahnya seumpana gabungan dari timur dan timur tengah.

jangan ragu-ragu untuk mencuba setiap makanannya jika anda ke sini.

Aktiviti sepanjang percutian

setiap resort menyediakan banyak aktiviti yang menarik. bagi aktiviti yang perlu keluar dari pulau ada bayaran yang dikenakan. contohnya seperti big fishing, sunset and dolphin cruise, submarinescuba diving dan sailing.

manakala aktiviti santai seperti malam kebudayaan, live band, kelas yoga dan acara kanak-kanak adalah percuma.

pengalaman mencari dolphin di lautan luas adalah kenangan paling berharga seumur hidup. sebelum ini hanya melihat dolphin di aquarium, namun apabila berdepan dengannya di habitat asal…ohh indahnya pertemuan itu!

suasana di dalam kapal selam yang suram menyelam hingga ke dasar lautan semata-mata untuk mencari kawanan hidupan marin sama ‘kelamnya’ buat kami.

maklumlah…kami berada hampir 100 meter di dalam laut. terdetik juga dihati kalaulah berlaku sesuatu!

cintaku tertumpah di maldives apabila menyaksikan keindahan panoramanya yang selama ini hanya dilihat di gambar kaku telah hadir di hadapan mata.

menghabiskan kebanyakan masa di tepian pantainya walaupun hanya berbaring di bawah rimbunan pokok, cukup mendamaikan.

tidak perlu langsung memikirkan jam-jam yang akan berlalu. lelapkanlah mata dan tidurlah…

ketika kami berenang, ikan-ikan jinak yang berwarna warni mula mengelilingi seolah datang untuk meneman. bersnorkeling di taman lautnya melewati kawasan batu karang membuatkan jiwa dan raga rasa tertawan.

anugerah Allah yang dicurahkan di bumi maldives tidaklah dapat di gambarkan senilainya dengan karangan kata-kata.

apalah lagi yang boleh kami ungkapkan. selamat tinggal laut yang biru..

hingga ketemu dilain waktu.

ddmk: ehemm…next? 

cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 5)

dengan menghargai setiap pelancong yang menginap di Bandos Island, pihak resort memberikan kupon untuk digunakan di Orchid Spa. percuma 10 minit urutan kepala dan bahu.

waaaa..bestnya..dapatlah melegakan bahu yang tegang dan sakit kepala.

seorang dapat sekeping kupon saja ye..jadi itulah sekali rawatan. namun ada satu lagi kejutan daripada pihak spa.

setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga pukul 10.30 pagi ada sessi urutan percuma selama 5 minit bagi setiap pelancong.

dalam masa 5 minit kita boleh pilih nak urutan di kepala atau bahu. nak kedua-duanya sekali pun boleh. tiap-tiap hari adalah percuma!

dikendalikan oleh spa therapist yang mahir, 5 minit tu terasa lega dah. sebab mereka bukannya urut bagai melepas batuk di tangga…tetapi memicit dan memberikan tekanan di point-point tertentu di kepala dan bahu.

hasilnya? hmmm…hilang stress. berseri-seri muka abe matt dan saya pun senyum lebar je sepanjang percutian ni..hehee.. 🙂

jom kita tengok view dalam spa.

~ dihidangkan air teh halia suam dan tuala sejuk untuk lap tangan dan muka.

~ spa berada dalam kawasan berpagar. masuk je ke dalam..tu dia sangat cantik memukau pandangan mata.

~ inilah spa chalet. nak buat facial atau nak urut badan dilakukan di sini. setiap seorang satu chalet. jadi kita tak berkongsi dengan orang lain.

~ selesai rawatan, sekali lagi diberikan air teh halia dan buah.

~ salah satu restoren tepi laut di resort. selepas ber’spa’ tadi, perut pun lapar. inilah masa nak buat ‘rawatan perut’ pulak. makan timeee..

bagi orang lelaki yang mendapatkan urutan kepala, bahu atau badan, jangan risau tentang isu haram bersentuhan dengan spa therapist perempuan, sebab turut disediakan spa therapist lelaki.

so..enjoy your holidayyy..yehaaaa…

ddmk: bau harum bunga yang manis..

cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 4)

kehadiran secara spontan di sini tanpa membuat sebarang homework tentang adat resam budaya masyarakat maldives, membuatkan kami tidak melepaskan peluang keemasan apabila pihak resort menganjurkan malam kebudayaan.

kami diantara pengunjung terawal sampai di pentas acara. memilih tempat duduk yang paling strategik dan memastikan tiada halangan pandangan.

belum pun persembahan dimulakan, kami terkasima melihat penari kebudayaan wanita yang berpakaian seperti wanita melayu. memakai baju kurung moden dan kain labuh terbelah di belakang.

DSC_3517

tambah mengejutkan lagi bila muzik mula bergema, alun iramanya ada elemen muzik masyarakat melayu dan india. gerak tarinya sedikit sebanyak menerima suntikan daripada tanah arab.

gelek pinggul dan menggoyangkan bahu menjadi gerakan wajib dalam setiap tariannya.

jika di malaysia ada tarian lilin dan tarian piring yang menampilkan lilin dan piring sebagai subjek utama, di sini mereka juga turut mempunyai keunikan yang tersendiri.

tampi beras, tamborin, belanga, krocet dan batang buluh membawa makna dalam setiap tarian.

Bandiyaa Jehun dan Bolimalaafath Neshun adalah antara tarian tradisional yang popular di kalangan penduduk maldives.

persembahan berikutnya diteruskan apabila kumpulan Boduberu mula mengambil tempat. Boduberu adalah muzik tradisional yang hanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja.

nyanyian diiringi dengan paluan gendang dan tamborin. penyanyi utama menyanyi dahulu dan akan diulang oleh ahli kumpulan yang lain. semakin laju tempo iramanya semakin rancak mereka menyanyi.

konsepnya sama seperti dikir barat dan boria. keunikan boduberu semakin terserlah apabila beberapa ahli kumpulan akan menari untuk menggamatkan suasana.

ada tarian yang lemah gemalai, ada yang seakan-akan tarian zapin, ada yang seperti joget lambak dan juga tarian india. ianya terpulang mengikut citarasa penari.

DSC_3516

DSC_3557

bagi anda yang berminat untuk mengenali tarian kebudayaan maldives, saya syorkan untuk melihat video berikut. walaupun bukanlah seasli tarian asal, ianya tidak mengecewakan.

rugi tak tengok tau. sebab tarian ini sudah sampai ke malaysia. ditarikan oleh pelajar Universiti Lim Kok Wing.

boduberu yang telah menjadi budaya sejak berkurun lamanya menjadi kemestian dalam majlis istimewa seperti sambutan perayaan, majlis perkahwinan dan acara hiburan.

setiap tahun akan berlangsung pertandingan boduberu. ada yang berentak perlahan dan kadangkala pantas. jika anda ingin mendengarnya, inilah kumpulan Faruma, Juara Boduberu 2014.

ddmk: moga terhibur 🙂

cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 3)

hari seterusnya kami mengikuti Sunset & Dolphin Cruise. haaaaa…operasi mencari dolphin!

bab sunset tu dah selalu tengokkan…tapi bab dolphin tu yang rare.

pukul 4.45 petang semua pelancong dikehendaki berkumpul di jeti. tepat pukul 5 petang bot laju yang membawa pelancong dari pelbagai negara memulakan perjalanan bergerak menuju ke kawasan yang menjadi laluan dolphin.

tak kira bangsa dan bahasa, semuanya tak sabar untuk melihat dolphin. cukuplah bahasa tubuh yang mudah difahami…kami teruja!

~ walaupun disediakan tempat duduk di dalam bot, semua pelancong memilih untuk berada di bahagian hadapan bot. kena pegang kuat-kuat ni…kalau jatuh berenang sendiri..heheee..

menurut petugas resort, peluang untuk melihat dolphin bergantung kepada cuaca dan keinginan dolphin itu sendiri. jika cuaca kurang baik atau dolphin tak mahu menonjolkan diri, memang pencarian satu usaha yang sia-sia.

hampir 45 minit bot berlegar-legar di permukaan laut, masih belum nampak bayang ikannya. dalam hati berdoa, memohon kepada Allah Yang Maha Pengasih..hadirkanlah ikan lagenda itu di hadapan kami.

sementara itu ada pelancong bersiul-siulan untuk menarik perhatian ikan. ada yang melaungkan, ‘please..please dolphin come to me…’ hahaaa.. tak kisah apa kaedahnya, tujuannya hanya satu.

~ dengan izin Allah, semasa kami hampir pasrah, muncullah 2 ekor dolphin bersebelahan bot! alhamdulillahhhhh..

~ seekor demi seekor mula timbul. dolphin bergerak dalam kawanan yang saya anggarkan ada 15 atau 20 ekor.

dikenali sebagai haiwan yang mudah jinak, dolphin yang datang mula menunjukkan aksi akrobat. melompat di permukaan air dan pusingkan badannya 360 darjah, melonjakkan badan setinggi yang boleh ke udara dan menjunam semula ke laut.

berenang-renang menyilang di kiri dan kanan bot…membuatkan kami semua menjerit keriangan. 🙂

~ aksi kawanan dolphin tersebut diulang berkali-kali. seolah-olah mereka meraikan kehadiran kami di tempatnya.

melihat dolphin di habitat asalnya adalah pengalaman yang tidak ternilai. inilah pengalaman manis yang akan dikenang seumur hidup.

bersaksikan panorama matahari yang hampir tenggelam, mereka meneruskan perjalanan merentas air yang membiru..dan perlahan-lahan hilang dari pandangan mata.

dolphin…terima kasih!!

ddmk: di luar kebiasaan..melihat langit senja yang bergulung. unik atau aneh?

cintaku tertumpah di Maldives. (Bhg. 2)

selepas sarapan, kami ke conciarge untuk merancang aktiviti sepanjang cuti. ada aktiviti yang berbayar dan ada yang percuma.

aktiviti pertama pilihan kami ialah Submarine. masuk ke dalam kapal selam dan dive sedalam 100 meter untuk melihat hidupan marin dalam laut. erkss…kapal selam?

~ inilah bentuknya kapal selam untuk pelancong. bayangkanlah pintu masuknya melalui bumbung. ngam-ngam muat satu badan.

~ suasana dalam kapal selam agak mendebarkan. maklumlah…kali pertama berada di dalam laut. cuak jugak hati kalau berlaku sesuatu.

~ setelah pembantu kapal selam buat demo cara-cara memakai topeng oksigen sekiranya berlaku kecemasan, barulah lega sedikit. ada plan keselamatan yang menyakinkan.

~ terdapat 15 tempat duduk di bahagian kiri, dan 15 di bahagian kanan. tingkap yang besar memudahkan kami melihat ke luar.

~ sedang kami asyik melihat ikan yang berwarna-warni, surprised dari syarikat pelancongan…acara bagi makan ikan. dua orang divers mengelilingi kapal selam sambil dikerumuni ikan sebesar peha!

satu jam berada di dalam laut. kami umpamakannya seolah berada di dalam aquarium bergerak. kita dapat melihat batu karang yang besarnya bagai sebuah rumah banglo 3 tingkat. ikan yang pelbagai bentuk dan warna. belut sebesar lengan.

kapal selam mula bergerak perlahan meninggalkan taman laut. ahh…tak puas rasanya..

kembali ke resort dan berehat 30 minit. aktiviti kedua ialah Big Game Fishing. memancing di laut lepas.

bukannya di pesisir pantai tau. tapi di tengah lautan yang bergelora. terhuyung hayang kami dibuatnya. sedikit demi sedikit mula mabuk laut. ya Allah..baru tahu penangan mabuk laut tu macam mana…gulppp.. 😛

DSC_3484

dalam tempoh 30 minit, rakan memancing yang lain mula bersorak. seorang demi seorang dapat ikan. riuh rendah hilaian ketawa memecah kesunyian malam. ternyata pandai juragan cari lubuk ikan.

akhirnya dalam keadaaan mabuk laut yang tak tertahan-tahan (tekak dah kembang..tunggu masa nak muntah) barulah tali pancing kami disambar ikan…hahaaa…

punyalah happy macam dapat ikan merlin…walaupun hakikatnya dapat ikan besar tapak tangan je..

selesai memancing, kami dipelawa makan malam di restoren. ikan-ikan yang dipancing tadi dimasak oleh chef dan diberi percuma kepada kami. sama ada dalam trip tadi ada yang dapat ikan ataupun tidak…semuanya dijemput makan. so generous!

ikan hasil tangkapan kami tidak dimasak sembarangan, bukan hanya dipanggang ditabur garam dan lada hitam. juga bukan digoreng dengan kunyit dan garam.

manisnya isi ikan yang fresh dan harum bau rencahnya menambat selera. terima kasih chef masakkan dengan secukup rasa.

ddmk: first and last joined fishing trip. mabuk laut..uwekkk..!!