jus delima lemon

 

bahan-bahan:

1 biji buah delima atau 2 sudu besar kordial delima atau 1 sudu kecil concentrated jus delima

1 biji lemon

gula pasir

air sprite sejuk

ais secukupnya

 

caranya:

1. kisar buah delima dan masukkan jusnya ke dalam gelas.

2. perahkan sedikit lemon dan tuangkan air sprite.

3. tambah gula jika perlu (ikut citarasa).

4. masukkan ais dan sedia dihidang.

*saiz hidangan- 1 gelas

 

nota: khasiat buah lemon> sila klik> disini

jus limau halia

 

bahan-bahan:

3 sudu besar jus oren atau 2 sudu besar kordial oren

1 biji limau nipis

5 helai daun pudina

sedikit halia yang dicincang halus

gula pasir

air sprite sejuk

ais secukupnya

 

caranya:

1. masukkan jus oren ke dalam gelas.

2. perahkan 2 sudu air limau nipis dan masukkan 2 hirisan limau nipis ke dalam gelas.

3. tuangkan air sprite, masukkan daun pudina yang telah dihiris dan juga halia.

4. tambah gula jika perlu. (ikut citarasa)

5. masukkan ais dan sedia dihidangkan.

*saiz hidangan- 1 gelas

 

nota: khasiat limau nipis> sila klik> disini

jus lemon mint

 

bahan-bahan: 

1 biji lemon

2 tangkai daun pudina

gula pasir

air sejuk

ais secukupnya

 

caranya:

1. masukkan 1 gelas air sejuk ke dalam pengisar.

2. masukkan daun pudina dan kisar hingga daun pudina hancur.

3. tuangkan ke dalam gelas dan perahkan lemon.

4. tambahkan gula mengikut citarasa.

5. masukkan ais dan sedia dihidang.

*saiz hidangan- 1 gelas

 

nota: khasiat daun pudina> sila lihat> disini

jus delima masam manis

 

bahan-bahan:

1 biji buah delima atau 2 sudu besar kordial delima atau 1 sudu kecil concentrated jus delima

1 biji limau nipis

gula pasir

air soda sejuk

ais secukupnya

 

caranya:

1. kisar buah delima, ambil jusnya sahaja. masukkan ke dalam gelas.

2. perahkan limau nipis sedikit..bakinya masukkan ke dalam gelas.

3. tambahkan gula mengikut citarasa. tak nak gula pun takpe.

4. tuangkan air soda dan masukkan ais….sedia dihidang.

*saiz hidangan- 1 gelas

 

nota: khasiat buah delima> sila lihat> disini