nasi biryani paling memukau

sebelum ini telah dikongsikan jjcm kami dalam entry ‘nasi arab paling sedap’, ‘makanan thai terbaik’, ‘restoren anak melaka di qatar’, ‘kita serumpun’ dan ‘restoren thai chi’  serta banyak lagi review tentang makan-makan dalam ruangan Santap.

kali ini nak bagi fully recommendation kalau nak merasa kesedapan nasi biryani basmathi resepi India Utara dan Moghul di Restoren Royal Tandoor.

restoren ini mempunyai cawangannya di Ezdan Mall, Souq Waqif, Souq Wakrah, Al Sadd, Al Khor Mall dan The Pearl.

kalau mengikut selera kami…di sinilah nasi biryani yang paling sedap.

IMG_0341

IMG_0340

~ khas untuk bulan ramadhan, buah-buahan dan cucur kentang diberi percuma.

IMG_0322

~ roti panas-panas baru masak, dihidang bersama hummus.

IMG_1668

~ pilih menu ni- Gush Dum Lamb…fuhhh..2 thumbs up!!

IMG_0327

IMG_0329

harga makanan pilihan kami berharga 62 Riyal semangkuk. nampak je mangkuk tu kecik..tapi percayalah, takkan abis makan sorang..melainkan anda betul-betul lapar.

jika anda datang berpasangan dan makan nasi tak bertambah, order semangkuk tu pun dah cukup untuk berdua.

ddmk: harga yang berpatutan dan puas makan..

Advertisements

gelora nak cuba aiskrim arab

seiring dengan musim panas jualan aiskrim turut meningkat. menjadi lumrah melihat pengunjung beratur panjang untuk mendapatkannya. tak kiralah dewasa mahupun kanak-kanak.

di dalam shopping mall jualan aiskrim bukan setakat di kiosk, terdapat juga yang mempunyai cafenya sendiri. jadi bolehlah kita makan aiskrim sambil duduk di sofanya sambil berehat santai.

selain aiskrim, gelato dan frozen yogurt menawarkan pelbagai perisa yang sedap-sedap belaka. jenama seperti baskin robbins, haagen-dazs, cold stone, pinkberry menjadi pilihan.

semasa ke Ezdan Mall, kami tergerak nak cuba aiskrim arab. mahal la pulak harganya. 500ml berharga 80 riyal dan 1000ml berharga 150 riyal…adoiii..

dek kerana nak mencuba kelainannya, kami beli 500ml.

~ bungkusannya pun dah lawa. disimpan didalam beg kulit kayu. nampak eksklusif kan..

IMG_2147

IMG_2148

~ aiskrim ini disaluti penuh dengan kacang pistachio dan badam.

IMG_2150

IMG_2151

~ pembuatannya seperti kek gulung, jadi kita kena potong la ikut suka banyak mana nak makan.

IMG_2153

~ dan rasanya? seperti susu…lemak-lemak manis. seolah kita makan aiskrim susu dengan kacang. (mengikut citarasa lidah saya ni..hmmm..tak sedaplah..)

maka saya pun cuba mengolahnya. tambahkan peanut butter dan nutella. haaa..barulah boleh makannnn….

ddmk: aiskrim omputeh jugak la yang sedap ye..

sarapan pagi jumaat

hari jumaat yang penuh berkat. lebih berkatnya lagi apabila dapat sarapan bersama suami yang dikasihi.

jumaat dan sabtu adalah hari cuti. jadi…moh kita ke dapur…heheee..semangat nih buat sarapan. bila dah lapar macam-macam nak makan.

hmm…nak mengukus ke nak menggoreng? kukus goreng? kukus goreng?

sudahnya ambil keputusan buat keduanya sekali. waaaa…rajinnyeeee..

~ kukus dulu..

DSC_4993

~ goreng pulak..

DSC_4992

~ kukus lagi…

DSC_4990

~ dan goreng lagi..

DSC_4991

~ tu diaaa…hasilnya!

DSC_4994

DSC_4987

alkisahnya yang nyata…kuih muih tu bukanlah diproses di dapur saya. semuanya dibeli di pasar malam di kedutaan malaysia minggu lepas.

frozen. aiwa…kuih frozen yang dibuat oleh orang kita juga. sebungkus hanya berharga 10 riyal. ada 8 biji kuih dalam bungkusan tu.

memandangkan sukarnya mendapatkan kuih muih melayu, ramai orang kita yang mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku.

karipap, pau, pau goreng, donut, pulut panggang, getuk ubi, kuih kacang, kuih bom, cucur badak, keropok lekor, sardin roll, durian crepe, milo crepe boleh didapati di pasar malam atau datang terus ke rumah pengusahanya.

ddmk: permintaan melebihi penawaran…macam goreng pisang paneh.

makanan thai terbaik

IMG_3522

dari menu nasi arab kita ke menu thailand pulak ye. jangan tak tahu di qatar pun ada restoren thai. sebelum ni kami agak terseksa mencari makanan asean tetapi segalanya berubah apabila sahabat saya mencadangakan untuk makan di Thai Smile.

restoren ini terletak di kawasan old airport atau lebih tepat di belakang bangunan HSBC. juga ada cawangannya di al bidda park.

tengok menu dulu. pilih punya pilih..maka terhidanglah satu persatu makanan yang aromanya menusuk kalbu.

IMG_3526

~ udang goreng tepung

IMG_3528

~ semestinya tomyam seafood..nyummyyy..

IMG_3529

~ somtam seafood..

IMG_3530

~ telur bungkus yang gebus..

IMG_3531

~ kangkung tumis

IMG_3532

~ siakap stim dengan kuah pedas cili api dan perahan lemon..

IMG_3536

~ jemput tengok ye..

IMG_3538

IMG_3539

~ alhamdulillah…selesai..puas hati kenyang perut suka hati..

IMG_3541

ada banyak lagi menu lain. sama seperti di malaysia. ada paprik, nasi goreng, mee sup dan kuewtiaw goreng. kalau makan sorang dengan 30riyal boleh dapat nasi goreng berlauk dan air.

selain Thai Smile ada lagi restoren thai yang lain, iaitu Thai Noodles, Thai Snack, Thai Corner dan Jasmine Restaurant.

tapi harga makanan di Thai Corner yang terletak di pasaraya The Centre dan Jasmine Restaurant di souq waqif agak mahal berbanding yang lain.

ddmk: fully recommended. jangan lupa order air longan sekali.

nasi arab paling sedap

IMG_6385

ok..kita stop entry yang lain. sekarang entry nasi arab yang paling sedap kat doha ni. bak ayat penyata yang lumrah disebut orang  ‘kena dengan selera dan anak tekak’. haaa..jom kita makan duluuuu… 🙂

nasi mandy kambing disebelah kanan, nasi makhbos fillet ikan kerapu bakar disebelah kiri. salad dan salatah dok kat tengah. mangkuk kosong tu bekas sup dan sebelah kiri hujung ialah pencuci mulut si karamel yang lemak manis.

oh ya! tak lupa juga jus oren dan jus avocado yang pastinya pekat likat melekat pure tak campur air dan ais…

IMG_1365

IMG_2216

IMG_2217

IMG_2218

perahkan lemon secukup rasa…

IMG_2219

IMG_2224

restoren Afghan Brothers diperkenalkan oleh officemate suami. terletak di Salwa road.  di Wakra juga ada cawangannya.

sejak tinggal di doha kami dah cuba nasi arab iran, nasi arab jordan, nasi arab turki dan nasi arab damsyik. tetapi setelah pekena nasi arab afghanistan ni…fuhhhh..tak ingat lain dah..percayalah.

seperti kebanyakan restoren arab, tingkat atas adalah bahagian untuk keluarga. atau kalau kita datang berpasangan. jangan haraplah nak makan di sini kalau anda datang sorang-sorang ye..kalau sorang sila makan di tempat biasa.

memang privasi sungguh. boleh baring-baring. nak makan romantik-romantik..suap-suap..nak bersila, melunjur..ikut suka la..hahaaa..

sebab di bahagian keluarga kita makan dalam bilik.

IMG_2220

IMG_2231

IMG_2233

IMG_2234

nampak tu…boleh charge bateri handphone, ipad, netbook dan seangkatan dengannya. kusyen tu bukan takat tempat bersandar, nak buat bantal pun boleh..kot-kot la nak rehat lepas makan sambil minum kopi arab pulak kan..

IMG_6381

harganya berpatutan dengan sama banyaknya nasi. untuk satu hidangan hanya 35riyal, 45riyal dan semakin mahal bergantung kepada pilihan kita. salad dan sup diberikan percuma. berbaloilah.

ddmk: tengok saiz hidangannya? memang tak abis..tapau je la sambung makan kat rumah.