Penulis

dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan bermastautin di Ampang, Selangor. telah melalui kehidupan yang sentiasa sibuk sepanjang 15 tahun yang lalu. kerja yang tak menentu masa..ke hulu ke hilir hanya untuk memastikan segala tugasan dapat disempurnakan dengan sehabis baik. apabila terlalu penat bekerja saya ibaratkan diri seperti ‘buat kerja sampai separuh nyawa’…namun begitu sebenarnya ada kepuasan yang tersemat dalam kepadatan memenuhi semua tuntutan kerja…apa lagi yang boleh dikatakan….i do love my job

kini semua penat lelah itu tinggal sejarah yang pastinya akan dirindui. penghijrahan kerjaya suami dari Malaysia ke Qatar pada Julai 2011 telah memberikan saya satu tugasan tetap. ada tanggungjawab baru menanti…dalam suasana yang berbeza, menghirup udara di benua yang jauhnya beribu batu dari tanahair tercinta.

blog ini dihasilkan semata-mata untuk tatapan semua keluarga tercinta, sahabat-sahabat tersayang, kenalan baru dan lama yang dihormati…biarpun zahir tak bersua, wajah tak nampak, suara tak dengar…inilah cerita saya mulai sekarang….doha di mataku. sudilah kiranya mengikuti perkongsian kisah ini.

 

ddmk: moga Allah swt merahmati..

10 responses to “Penulis

  1. pengalaman di tempat orang sangat berharga kak..InsyaAllah kami di Malaysia mendoakan rezeki akak n CM melimpah ruah di negeri org…InsyaAllah…:-)

    • alhamdulillah..memang seronok melihat suasana yg sangat berbeza dgn tempat kita. kalau nak datang pilih masa winter. sejuk & best jalan2. lyna boleh ambik trip padang pasir. adventure naik 4wd di gurun.

  2. bole saya dapat kan email saudari tak…kerana bulan 3-4 2013 saya akan bekerja disana..ingin membawa family..tapi mahu tahu prosedur dengan lebih detail

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s