kos sara hidup di Qatar

dalam keghairahan kita untuk mengembangkan kerjaya di negara asing, sewajarnya kajilah dahulu segenap aspek untuk memulakan hidup di tempat yang baru. janganlah hanya memandang kepada 5 angka pendapatan bulanan sehingga lupa budaya, adat resam dan taraf hidup di negara luar berbeza dengan tanahair kita.

berkemungkinan persekitaran yang baharu membuka ruang kepada hijrah yang membahagiakan atau tidak mustahil juga ianya mengundang kesalan dikemudian hari.

ingin saya kongsikan beberapa tips sekiranya anda ingin berhijrah ke luar negara. terutamanya Qatar.

A. pastikan didalam letter of appointment dinyatakan 6 perkara wajib:

1.~ skop pekerjaan. pastikan anda mahir dalam bidang yang ditawarkan dan bersedia melakukannya.

2.~ kontrak perkhidmatan. minima 2 tahun. sila fahami segala terma dan syaratnya.

3.~ insurans. anda mestilah diberikan insurans kesihatan dan pergigian. insurans mestilah termasuk pasangan dan anak-anak. ini kerana kos rawatan di sini sangat mahal.

4.~ pendidikan anak-anak. ada majikan yang menaja kos yuran sekolah anak dan ada juga yang tidak. selain kos rawatan hospital, kos yang tertinggi ialah yuran pendidikan. jika anda tidak ditawarkan skop ini sila abaikan untuk membawa anak yang telah bersekolah ke sini, melainkan anda memang mampu menanggung kos ini.

5.~ elaun tiket kapal terbang ke malaysia. elaun ini hanya untuk anda yang bekerja sahaja, tak termasuk pasangan.

6.~ pengangkutan ke tempat kerja dan penginapan. adakah majikan sediakan atau tidak.

6.1. sekiranya majikan ada menyediakan pengangkutan dan tempat tinggal termasuklah uniform kerja, maksudnya anda bakal buat duit!

gaji anda hanya untuk kos makan dan bil asas sahaja, selebihnya boleh simpan. golongan expat O & G dan perubatan seperti doktor & jururawat sangat beruntung dalam hal ini.

6,2. tetapi sekiranya tidak disediakan, maka pastikan anda diberi elaun perumahan dan elaun pengangkutan. jika tidak kos sara hidup anda akan meningkat!

B. gaji paling minima jika TIADA kemudahan pengangkutan & penginapan.

1.~ jika anda hanya seorang diri, tidak membawa pasangan dan anak. gaji mestilah sekurang-kurangnya Qr15,000.00

anggaran kos sebulan:

       sewa rumah (tiada perabut) – Qr5000

      sewa kereta & minyak         – Qr2000

      makan minum                      – Qr3000

      bil utiliti & internet                – Qr500

      libur (makan+movie)            – Qr400

     lain-lain (dobi,bil tel)             – Qr400

     beli baju, jeans etc               – QR500

     baki simpanan                     – QR3200

2.~ jika anda membawa pasangan. gaji mestilah sekurang-kurangnya Qr20,000.00

anggaran kos sebulan:

     sewa rumah (tiada perabut)  – Qr5000

    sewa kereta & minyak           – Qr2000

   makan minum (barang dapur)- Qr5000

   bil utiliti & internet                   – Qr1500

  libur (makan+movie)               – Qr1000

  lain-lain (dobi,bil tel)               – Qr500

  beli baju, jeans etc                 – QR1000

  baki simpanan                       – QR4000

3.~ jika  membawa anak-anak yang masih belum bersekolah, gaji minima Qr25,000 ke atas.

4.~ jika anda ditawarkan gaji kurang dari Qr15,000. tetapi penginapan, pengangkutan dan uniform disediakan ianya bolehlah dipertimbangkan. dengan syarat anda datang solo. serta bersedia untuk berkongsi rumah dengan pekerja lain.

# NOTA: ini adalah perbelanjaan anggaran sahaja. berkemungkinan ianya akan BERKURANGAN atau BERTAMBAH mengikut cara hidup masing-masing.

# wang simpanan mestilah sebaik-baiknya 30% dari gaji bulanan barulah berbaloi hijrah anda.

# kos sara hidup. disini> http://www.numbeo.com/cost-of-living/country_result.jsp?country=Qatar

# yuran pendidikan. disini> http://www.expatwoman.com/qatar/monthly_qatar_guide_school_fees_6129.aspx

C. bersedia menerima perubahan gaya hidup dan budaya.

1.~ ada dikalangan masyarakat kita hanya mampu bekerja selama 2 tahun. selesai sahaja tempoh minima kontrak, balik semula ke malaysia. tanpa mahu menyambung kontrak walaupun majikan bersetuju. bila ditanya kenapa tak sambung?

jawapannya ialah stress bekerja dalam budaya asing, tekak melayu, hiburan takde harap tengok movie hujung minggu, kelab malam susah nak cari (kaki clubbing), kos sara hidup mahal,  public holiday tak banyak dan banyak lagi alasan lain.

termasuklah isu utama berjauhan dengan keluarga, tak tahan rindu, risau jika berlaku sesuatu kehilangan nyawa dalam ahli keluarga tak sempat nak balik. apapun alasannya, terpulanglah…itu hak anda.

~ jika kembali semula ke tanahair, sekurang-kurangnya anda dah ada pengalaman bekerja di luar negara yang pastinya akan memberi nilai tambah dalam resume anda. jika anda pandai menyimpan, tidak mustahil hasil 2 tahun di sini dapat melangsaikan hutang yang sedia ada di malaysia.

2.~ namun bagi yang serasi bekerja di sini, Qatar sudah menjadi rumah ke 2 selain Malaysia. ramai yang dah menetap selama 13 tahun, 15 tahun dan 20 tahun serta berhasrat berkhidmat sampai pencen.

golongan ini kebiasaannya membawa keluarga bersama. anak-anak bersekolah di sini. jadi tiada gangguan emosi. sebab keluarga ada di depan mata. kerja pun happy. setahun sekali balik kampung untuk menziarahi ibu bapa dan sanak saudara. cuti lama tu..30 hari!

3.~ yang penting kita perlu merancang dengan teliti sebelum berhijrah. mesti ada hala tuju untuk dicapai supaya tidaklah nanti kita hanya melengkapi peribahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

tetapkan matlamat sama ada berkerja di negara asing untuk jangka pendek atau jangka panjang.

ddmk: rezeki ada dimana-mana.. :)