Part 2: Souq Waqif Spring Festival 2015

Spring Festival berlangsungĀ dari tarikh 23hb januari hinggalah 6hb februari.

dalam tempoh 15 hari tersebut acara akan bermula setiap hari pada pukul 4 petang hingga 6 petang. berhenti seketika untuk memberi laluan kepada solat maghrib selama 45 minit.

selepas itu pertunjukan diteruskan sehinggalah pukul 9.30 malam.

disebabkan sambutannya hanyalah setahun sekali, rugi kalau tak saksikan keseluruhan perarakannya.

~ kunjungan kali kedua ini bertambah meriahnya sebab…sampai je..acara pun bermula..yeayyyy..

DSC_5358

DSC_5344

DSC_5372

~ sessi malam pulak..

DSC_5395

DSC_5409

DSC_5417

DSC_5455

~ kuda kepang versi arab..

DSC_5425

DSC_5426

DSC_5430

inilah yang ditunggu-tunggu. melihat dan menghayati budayanya. mendengar paluan kompangnya. rentak lengok tariannya, terasa sungguh indah berada dalam suasana hiburan masyarakat di sini.

tak perlu tarian yang melalaikan, tiada percampuran bukan muhrim dalam persembahan. jika adapun melibatkan kaum wanita, mereka takkan dilihat menari bersama lelaki di pentas.

dan satu lagi…alunan selawat ke atas Nabi bergema sebagai pemula acara.

ddmk: penutup tirai, penat tapi berbaloi-baloi..

Advertisements

Part1: Souq Waqif Spring Festival 2015

walaupun telah berlangsung Spring Festival pada bulan januari lalu, rasa terkilan pulak kalau tak berkongsi dengan pembaca tentangnya.

apatah lagi setiap kali festival yang dianjurkan akan mempamerkan aktiviti yang berbeza.

sambutan selama 2 minggu diserikan dengan pelbagai acara menarik untuk tontonan pengunjung.

persembahan teater untuk kanak-kanak, persembahan kebudayaan arab, konsert, beraneka peragaan kostum dan perarakan di sekitar souq.

namun ada kelainannya kali ini. yang membuatkan kami teruja sangat nak tengok. iaituĀ kehadiran 3 ekor dolphin yang didatangkan khas daripada Rusia.

~ dengan tiket berharga 50 riyal seorang, dapat tengok dolphin ni selama sejam dengan macam-macam aksi.

DSC_5068

DSC_5095

~ kali pertama dapat saksikan nyanyian dan tarian qatari.

DSC_5298

DSC_5301

~ perarakan di sekitar souq waqif

DSC_5303

DSC_5309

DSC_5316

DSC_5317

DSC_5319

~ selesai pertunjukan, kami pekena kopi klasik turki. diiringi dengan manisan baklava. digoda pulak nak merasa aiskrim turki, hmmm..terangkat aihhh…

DSC_5331

ddmk: bersambung jelajah part 2